Cakna Sastera 2.0; Individualism And The Voice Of The Citizen In Malay Poetry | Alumni Relations Centre
» NEWS » Cakna Sastera 2.0; Individualism and the Voice of the Citizen in Malay Poetry

Cakna Sastera 2.0; Individualism and the Voice of the Citizen in Malay Poetry

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

SERDANG – 30 Ogos 2021, Webinar Cakna Sastera 2.0 dengan membawa tajuk Individualisme dan Suara Rakyat Dalam Syair Melayu telah pun berlangsung secara dalam talian. Dengan membawa panel jemputan Dr. Rahimah Hamdan, Ketua Muzium Warisan Melayu dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM banyak persoalan mengenai dunia sastera dapat diperbincangkan dan dirungkaikan. 

Memaknakan lagi program pada hari ini, Webinar Cakna Sastera 2.0 turut menerima kehadiran Sasterawan Negara ke-14 iaitu Datuk Dr. Siti Zainon Ismail. Webinar yang dikendali oleh moderator Dr. Ida Baizura Bahar daru Jabatan Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM telah berlangsung selama satu jam. 

Cakna Sastera yang dianjurkan oleh Jaringan Komuniti Sastera Kanak-kanak Dan Remaja ini adalah kerjasama Bersama Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM). Turut hadir pada program itu adalah Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Prof Madya. Dr. Arba’ie Sujud, Pegawai Kanan UPM, staf ARCUPM dan juga pelajar UPM sendiri. 

Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud menzahirkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada jawatankuasa webinar atas  komitmen diberikan untuk terus merancakkan siri webinar ini ke beberapa siri yang akan datang.  

“Kita jangkakan untuk adakan satu bulan untuk  setiap siri, kita akan undang tokoh-tokoh sastera daripada pelbagai peringkat bukan sahaja untuk sastera melayu tetapi juga sastera di pelbagai ruangnya seperti sastera Inggeris, Arab, Cina, yang akhirnya nanti melihatkan dunia sastera bukanlah satu dunia yang kecil tetapi ianya satu dunia yang besar. Dunia sastera ini perlu untuk kita suburkan sebagai satu disiplin ilmu yang sangat besar, dan terima kasih banyak kepada Jaringan Sastera Komuniti, Remaja dan Kanak-kanak telahpun bersama-sama bersatu hati dengan Pusat Perhubungan Alumni UPM dan saya diberi tanggungjawab oleh ARCUPM, untuk saya membina satu kluster sastera untuk dijadikan dunia sastera di UPM ini sebagai satu dunia yang besar, setanding dan seiring dengan bidang-bidang lain. Kita mempunyai ramai pelajar dalam bidang sastera, tetapi kerana kita terpisah dan dipisahkan serta kita memisahkan akhirnya, dunia sastera yang besar itu tidak ke mana. Kita sebenarnya menjadikan dunia sastera kecil seperti buih-buih kecil sahaja. Di ARCUPM kita hendak gabungkan buih-buih yang kecil ini menjadi gelombang besar, yang dapat diwacanakan. Hasrat ini juga untuk menyatukan pelbagai sarjana dan para akademik dalam bidang sastera untuk kita bawa dan tarik balik alumni-alumni UPM kembali kepada UPM untuk menyumbang ilmu. Ujar beliau. 

Menurut Ybhg Prof. Madya Dr. Arba’ie lagi, di ARCUPM juga kita ada lancarkan pelbagai program untuk membantu pelajar-pelajar terutamanya dari kalangan B40 melalui inisiatif PUTRA CAKNA. Kita telah lancarkan program Heart to Heart (H2H) dan sedang mengumpul dana untuk membeli 50 komputer riba yang akan diserahkan kepada pelajar-pelajar B40 nanti. 

“Saya mengharapkan alaumni-alumni  dapat membantu sekurang-kurangnya dengan RM10 kita dapat membantu 50 orang pelajar yang dalam kesusahan. Semoga usaha kecil kita ini mendapat rahmat yang besar daripada Allah Taala” akhiri beliau. 

Terdahulu siri satu Webinar Cakna Sastera 1.0 ‘Semanis Bicara Bersama’ Berbicara tentang “Model R.L:KDHT”  telah pun berlangsung pada 6 Julai 2021 dengan menampilkan panel, Prof. Madya Dr. Roslina Abu Bakar dan Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud selaku moderator. 

ARCUPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua panel, peserta daripada kalangan warga UPM mahupun jemputan luar yang sudi menghadiri webinar secara dalam talian ini. Sehingga berjumpa lagi pada Webinar Cakna Sastera yang seterusnya nanti.

Date of Input: 30/09/2021 | Updated: 30/09/2021 | hafzaini

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUQAg~