Article Writing Workshop In Mass Media | Alumni Relations Centre
» NEWS » Article Writing Workshop In Mass Media

Article Writing Workshop In Mass Media

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

SERDANG – 22 September 2021, Institut Kajian Peladangan (IKP) telah menganjurkan satu bengkel perkongsian tip penulisan artikel di media massa yang telah disampaikan oleh penceramah, TS. Dr. Syed Agil bin Syeikh Alsagof dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM (FBMK) secara dalam talian. 

Perkongsian yang berlangsung selama dua jam itu, memberikan input menarik kepada hadirin iaitu cara untuk menghasilkan artikel seperti artikel ilmiah, separa ilmiah dan juga fiksyen. Ketiga-tiga kategori artikel ini mempunyai kalangan pembaca masing-masing. 

Setiap kategori artikel perlu dihasilkan dengan gaya penulisan yang berbeza dengan etika penulisan yang telah tersedia. Menurut Dr. Syed Agil lagi, jika artikel ataupun rencana yang dihasilkan itu adalah artikel ilmiah, maka gaya penulisannya perlu mempunyai metodologi tertentu dan gaya bahasa perlu lebih formal dan sistematik. 

Manakala jika artikel separa ilmiah, ia perlu mengandungi informasi, dan fakta yang diungkapkan haruslah menggunakan bahasa separa formal. Artikel separa formal boleh menggunakan pandangan penulis yang kadang-kadang boleh bersifat subjektif. Artikel separa ilmiah lebih menjurus kepada artikel yang popular dengan tidak terikat kepada metodologi tertentu. 

“Untuk penghasilan artikel yang baik, penulis perlu tahu anatomi dalam penghasilan sesebuah artikel. Seorang penulis perlu tahu cara untuk letakkan judul artikel, iaitu judul mestilah singkat, padat, menarik dan paling tepat judul tidak boleh melebihi 37 kata. Selain itu, penulis perlu bijak menyatakan pendulu yang menarik untuk membawa pembaca kepada paragraf yang seterusnya hingga ke paragraf penutup atau terakhir. Apabila dapat membawa pembaca kepada pembacaan yang terakhir, sesebuah artikel itu telah dianggap mencapai matlamat penghasilannya iaitu menyampaikan perkongsian, input dan informasi,” ulas beliau. 

Bengkel yang dihadiri oleh para pegawai kanan UPM, pegawai UPM dan juga staf ini dilihat sebagai medan perkongsian ilmu kepada warga UPM dalam melestarikan keilmuan yang tinggi dalam melahirkan pegawai dan staf yang berkaliber seiring dengan kecemerlangan UPM selari dengan sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021). 

Date of Input: 30/09/2021 | Updated: 30/09/2021 | hafzaini

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXETJAm~