YPR Mentorship Perkongsian Ilmu Kepada Penerima Biasiswa Yayasan Pak Rashid | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » YPR Mentorship Perkongsian Ilmu kepada Penerima Biasiswa Yayasan Pak Rashid

YPR Mentorship Perkongsian Ilmu kepada Penerima Biasiswa Yayasan Pak Rashid

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

SERDANG. 22 Julai - Sumbang bakti daripada alumni kepada alma mater boleh hadir dalam apa sahaja bentuk. Perkongsian ilmu daripada mentor kepada pelajar juga dialu-alukan sebagai tanda sokongan moral kepada para pelajar dalam menghadapi cabaran dalam pengajian masing-masing.

Yayasan Pak Rashid (YPR) dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) telah menganjurkan Program YPR Mentorship yang telah diadakan pada 22 Julai 2022 (Jumaat), Jam 2.45 petang bertempat di Bilik Warisan Budi, Pusat Perhubungan Alumni.
 
Program berkonsepkan mentor-mentee ini bertujuan memberi bimbingan secara berterusan dan meningkatkan darjah intensiti kemajuan mentee. YBhg. Dato' Mohamad Hashim Ahmad Tajudin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YPR telah diberikan tanggungjawab sebagai mentor kepada tiga (3) penerima Biasiswa YPR Sesi 2021/2022 iaitu saudara Aiman, saudari Hemala dan saudari Aisyah.
 
Perkongsian yang dilakukan di Bilik Mesyuarat Menara Warisan Budi itu, dilihat satu bentuk pemindahan ilmu yang sangat menarik dan banyak memberi manfaat kepada para pelajar khususnya pemegang Biasiswa YPR. Kecemerlangan pelajar ini sekaligus membawa nama YPR selaku penaja biasiswa mereka dan seharusnya mereka lebih tahu apa peranan yang peru dimainkan sebagai pelajar yang diberikan amanah ini. 
 
Pusat Perhubungan Alumni merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada YBhg Dato' Mohamad Hashim atas perkongsian ini. 

 

 

Tarikh Input: 31/07/2022 | Kemaskini: 12/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaNAN~