Temubual Coffee Table Book “50 Jewels Of UPM”: Bersama Dato’ Seri Amirudin Shari | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Temubual Coffee Table Book “50 Jewels of UPM”: Bersama Dato’ Seri Amirudin Shari

Temubual Coffee Table Book “50 Jewels of UPM”: Bersama Dato’ Seri Amirudin Shari

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

SERDANG – 13 Ogos 2021, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) menerusi Seksyen Jalinan dan Pengukuhan Alumni berjaya mengadakan sesi temubual bersama YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.

Beliau merupakan alumni kelas 2002 dalam bidang pengajian Bacelor Pembangunan Manusia. Semasa di alam kampus beliau sudah bergiat aktif dalam aktiviti pelajar dan beliau juga terkenal sebagai seorang pendebat yang hebat.

Selepas meninggalkan universiti, Amirudin bekerja sebagai penyelaras program di Institut Kajian Dasar, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdedikasi kepada penyebab kebangkitan kebudayaan dan pembinaan masyarakat madani.

Bermula di situ jugalah beliau mengasah bakat dalam bidang politik sehingga berjaya dalam pilihan raya yang membuka laluan untuk beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor bermula pada tahun 2018.

Terdahulu sesi temubual ini diadakan untuk sebagai salah seorang alumni terbilang yang akan dimuatkan ke dalam Buku Coffee Table Book “50 Jewels of UPM”. Penerbitan buku ini bersempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021). 

 

 

 

 

Tarikh Input: 31/08/2021 | Kemaskini: 31/08/2021 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdRA4~