Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 16 Julai - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah berkunjung ke Syarikat Faiza Sdn Bhd bagi menyerahkan surat lantikan CEO@PTj 2024-2025 kepada Dr. Salwa Abu Bakar.
Program usahasama bersama Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT) ini adalah untuk mengiktiraf ataupun melibatsama alumni UPM dalam setiap aktiviti dan program yang dianjurkan oleh UPM. program ini juga memberi ruang dan peluang kepada alumni untuk kembali ke alma mater dan menyumbang dalam pelbagai bentuk. Perlu ditekankan, sumbangan bukanlah hanya dalam bentuk wang ringgit sahaja, tetapi juga dalam pelbagai bentuk dan cara.
Dr. Salwa Abu Bakar, antara alumni UPM (1983 & 1988) sentiasa memberikan sumbang bakti kepada alma mater sama ada terus kepada Universiti Putra Malaysia dan ada juga melalui program yang dijalankan oleh ARCUPM. Antara aktiviti yang tidak pernah gagal beliau memberikan sumbangan adalah menerusi Program Tautan Mahabbah.
Semoga pelantikan ini dapat dimaanfatkan sepenuhnya oleh universiti untuk membantu pengembangan pendidikan di universiti dan kehadiran rombongan dari Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) yang diketuai oleh Pengarah ARCUPM, YBrs. Prof. Madya Dr. Aqlima Ahmad.
Tarikh Input: 19/07/2024 | Kemaskini: 09/10/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor