Sesi Penyerahan Lukisan Batik Canting Kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Sesi Penyerahan Lukisan Batik Canting kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia

Sesi Penyerahan Lukisan Batik Canting kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

SERDANG, 8 Julai - Penyerahan lukisan Batik Canting kepada YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis, Dato' Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail telah pun berlangsung di pejabatnya. 

Dato' Seri Diraja Syed Razlan telah membeli sebuah lukisan yang telah dihasilkan oleh staf UPM yang telah dipamerkan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM dalam rangka mewujudkan sebuah biasiswa yang dikenali sebagai Biasiswa 2 Generasi dalam usaha untuk membantu para pelajar UPM yang memerlukan bantuan pengajian. 

Usaha murni ini telah diwujudkan oleh Encik Isnain Ali yang merupakan Ketua Pentadbiran di Pusat Kemajuan dan Kokurikulum Pelajar bersama isteri dan anak beliau yang juga merupakan staf UPM. 

Ini adalah antara sumbangan yang diberikan oleh beliau yang bakal menamatkan perkhidmatan pada Oktober 2022 nanti. 

menurutnya ini adalah sebahagian sumbangan yang diberikan kepada UPM yang selama ini telah menjaga kebajikan beliau dan keluarga sepanjang perkhidmatannya di UPM. 

Batik Canting 2 Generasi telah dipamerkan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM selama sebulan. Sepanjang pameran berlangsung ramai dalam kalangan staf dan alumni UPM telah menyumbang dalam usaha mengumpul dana untuk pembiayaan biasiswa pelajar. 

Sebanyak RM15,000 telah berjaya dikumpul menerusi pameran dan penjualan lukisan batik canting dan telah berjaya mewujudkan Biasiswa 2 Generasi.

Diharapkan pada masa hadapan lebih ramai staf dan alumni UPM yang tampil dengan pelbagai idea dan bantuan dalam usaha untuk menyumbang kembali kepada alma mater. 

Tarikh Input: 31/07/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXETOA3~