Oleh: Nur Sara Hazeqqa
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 14 Mei - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah membuka reruai di Konvensyen Jabatan Veterinar Peringkat Kebangsaan pada 14 Mei 2024 di Dewan Banquet UPM bagi menjejak dan menghebahkan sistem Alumni Information System (AIS) kepada alumni UPM yang terlibat dalam bidang veterinar.
Hebahan seperti ini adalah usaha berterusan ARCUPM dalam menggiatkan pendaftaran alumni UPM ke dalam sistem AIS bagi pengumpulan data alumni UPM. Data-data ini dilindungi sepenuhnya dan tidak didedahkan kepada pihak lain.
Pengumpulan data alumni ini juga untuk menghebahkan setiap program dan aktiviti yang dijalankan oleh universiti dan ARCUPM. Melalui hebahan-hebahan akan menyalurkan terus maklumat kepada alumni.
Hebahan ini tidak pada aktiviti dan program yang melibatkan pelajar di Kampus Serdang sahaja, tetapi juga aktiviti dan program yang membabitkan pelajar dan warga kampus di Bintulu.
Justifikasinya adalah untuk menyampaikan kepada alumni UPM di luar sana, bahawa banyak akviti dan program yang boleh mereka sertai, terutamanya yang membabitkan perkongsian ilmu (knowledge sharing) bersama pelajar dan warga UPM.
ARCUPM sentiasa mengalu-alukan semua alumni UPM di luar sana untuk kembali berbakti kepada alma mater. Semarakkan jiwa ‘berilmu berbakti’ untuk terus menyuburkan budaya kembali menyumbang dan berbakti kepada alma mater.
Tarikh Input: 20/05/2024 | Kemaskini: 27/06/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor