Read@Uni Al-Falah: Cinta Pada Ilmu Siri 2, Kisahkan Sebuah Cerita | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Read@Uni Al-Falah: Cinta Pada Ilmu Siri 2, Kisahkan Sebuah Cerita

Read@Uni Al-Falah: Cinta Pada Ilmu Siri 2, Kisahkan Sebuah Cerita

Oleh: Nur Sara Hazeqqa Johari

Serdang, 26 Januari - “Kisahkan Sebuah Cerita” diteruskan lagi kali kedua untuk tahun 2024. Perkongsian ilmu ini dijalankan di Laman Al-Falah ARCUPM, dan kali ini “Kisah Imam Syafie” dipilih menjadi tajuk perkongsian oleh Saudara Muhammad Syahmi Azizol. Saudara Syahmi merupakan pelajar latihan industri dari Kolej Poly-Tech MARA, Bangi.

“Daripada perkongsian saya mengenai Imam Syafie pada Aktiviti Read@Uni Al-Falah Cinta Pada Ilmu Siri 7, saya sangat tertarik dengan kisah Imam Syafie yang bersungguh dalam menuntut ilmu sejak dari kecil dan ketinggian akhlak beliau dalam menghormati guru merupakan inspirasi yang mengilhami banyak individu. Imam Syafie adalah contoh teladan bagaimana kesungguhan dalam pencapaian ilmu dapat membawa seseorang kepada kemasyhuran. Dedikasinya yang tinggi dalam mengejar ilmu sejak usia muda menunjukkan betapa pentingnya nilai pendidikan dalam kehidupan seseorang. Selain itu, sikap hormat yang beliau tunjukkan kepada guru-gurunya menonjolkan pentingnya nilai-nilai etika dan adab dalam hubungan guru dan murid. Ini memberikan pembelajaran yang berharga tentang betapa pentingnya menghargai sumbangan orang lain dalam perjalanan kehidupan kita.” ujar saudara Syahmi diakhir perkongsian.

Aktiviti ini diteruskan dua minggu sekali untuk menghidupkan perkongsian ilmu dalam kalangan staf ARCUPM dan ruangan ini terbuka untuk dimanfaatkan oleh semua warga UPM.

Tarikh Input: 26/01/2024 | Kemaskini: 15/02/2024 | hazeqqa

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbVA5~