Pusat Perhubungan Alumni Bersama Gabungan Rasuah Buster Berbuka Puasa Ala Madinah | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Pusat Perhubungan Alumni Bersama Gabungan Rasuah Buster Berbuka Puasa Ala Madinah

Pusat Perhubungan Alumni Bersama Gabungan Rasuah Buster Berbuka Puasa Ala Madinah

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SHAH ALAM - Pusat Perhubungan Alumni, hari ini turut bersama-sama gabungan Rasuah Buster menghadiri jemputan daripada Kumpulan Media Karangkraf dan Sinar Harian untuk bersama-sama berbuka puasa ala Madinah, diperkarangan bangunan Kumpulan Media Karangkraf.

Acara tahuan Kumpulan Media Karangkraf ini hampir dua tahun tidak dihidupkan gara-gara wabak  Covid-19 melanda negara dan pada tahun ini ianya berjaya dihidupkan kembali dan lebih istimewa, ARCUPM turut bersama-sama berbuka puasa ala Madinah.

Pada majlis berbuka puasa itu juga turut diadakan ‘open mic’ untuk mendengar pandangan dan idea daripada rakan gabungan Rasuah Buster dalam kebersamaan memerangi rasuah negara.

Pusat Perhubungan Alumni bersama rakan-rakan gabungan yang lain termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) akan terus menyokong hasrat murni dalam membanteras gejala rasuah di negara ini.

Tarikh Input: 29/04/2022 | Kemaskini: 16/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEZQAD~