PERJUMPAAN WARGA ARCUPM BERSAMA PENGARAH BAGI MENILAI PENCAPAIAN SEHINGGA SUKUAN KEDUA | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » PERJUMPAAN WARGA ARCUPM BERSAMA PENGARAH BAGI MENILAI PENCAPAIAN SEHINGGA SUKUAN KEDUA

PERJUMPAAN WARGA ARCUPM BERSAMA PENGARAH BAGI MENILAI PENCAPAIAN SEHINGGA SUKUAN KEDUA

Oleh: Suziana Che Wil 

SERDANG – Satu perjumpaan bersama Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM), YBhg. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud telah diadakan di Bilik Mesyuarat Menara Warisan Budi, ARCUPM.

Perjumpaan ini adalah untuk menilai, mengemaskini dan menambahbaik perjalanan ceritera kerja dan tugasan bagi berakhirnya sukuan kedua tahun 2023. Pada pertemuan ini, Prof. Madya Dr. Arba’ie mengingatkan beberapa program dan aktiviti yang berkaitan sumbangan dan agihan alumni yang perlu disegerakan agar objektif dan matlamat sumbangan dapat dicapai.

Menurut Dr. Arba’ie lagi, setiap program yang dijalankan haruslah berpaksikan kepada alumni dan menyebarluaskan cara dan peluang yang disediakan oleh ARCUPM untuk memudahkan mereka kembali menyumbang kepada alma mater terutamanya dalam merealisasikan matlamat Pelan Strategik UPM untuk melahirkan graduan berdaya tahan mendepani cabaran mendatang dan menunjukkan contoh teladan yang terbaik daripada para alumni UPM di luar sana. Ini akan menjadikan mereka (pelajar) akan sama-sama turut kembali menyumbang apabila sudah bergraduat kelak dan berjaya dan industri masing-masing.

Pusat Perhubungan Alumni sentiasa mengalu-alukan setiap idea dan sumbang saran daripada alumni dalam usaha bersama-sama membawa UPM kepada kecemerlangan dan melahirkan graduan yang berdaya saing.

 

 

Tarikh Input: 27/06/2023 | Kemaskini: 01/09/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcTAi~