PENDAFTARAN MASUK PELAJAR BARU SESI 2023/2024 KE KOLEJ KEDIAMAN | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » PENDAFTARAN MASUK PELAJAR BARU SESI 2023/2024 KE KOLEJ KEDIAMAN

PENDAFTARAN MASUK PELAJAR BARU SESI 2023/2024 KE KOLEJ KEDIAMAN

Oleh: Suhadatul Fatonah Jusip @ Yusop

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG, 2 Oktober – Pendaftaran masuk pelajar baharu ke kolej kediaman telah bermula pada 30 September hingga 1 Oktober 2023 lalu.

Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) dalam usaha untuk mengesan dan mengemaskini data alumni telah membuka booth dan menggalakkan kalangan ibu bapa yang terdiri daripada alumni UPM untuk mengemaskini maklumat alumni di Alumni Information System (AIS). 

Usaha ini juga adalah untuk memperkenalkan sistem AIS dan juga dalam usaha untuk 'memasyarakatkan' sistem AIS yang dilihat mempunyai potensi yang cukup besar dalam usaha menjejak keberadaan alumni UPM di luar sana. 

Antara alumni yang berjaya dikesan pada hari pertama pendaftaran adalah Tuan Amir Hamzah bin Abdul Rahim, Alumni Kelas 2001 dan Puan Luhong Batang, Alumni Kelas 2003. 

Manakala, pada hari kedua pendaftaran pula ARCUPM berjaya mengesan lebih ramai alumni antaranya ialah Encik Muhd Najmi Ghazali, Alumni Kelas 2017 dan 2022; Encik Ismail Bin Musa, Alumni Kelas 1984; Encik Saranusun Bin Jusoh, Alumni Kelas 2000 dan pasangan suami isteri, Encik Mohd Syahrizanyuzi Bin Saari dan Puan Azlawati Binti Ismail, kedua-duanya adalah Alumni Kelas 2002.

Pihak ARCUPM mengucapkan selamat kembali ke UPM kepada alumni yang telah berjaya dikesan. Semoga hubungan yang kini kembali terjalin akan berterusan. Pihak ARCUPM juga ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada para pelajar Sesi 2023/2024 kerana telah terpilih untuk menuntut ilmu di UPM. ARCUPM mendoakan kejayaan para pelajar dan diharap para pelajar akan kembali ke alma mater apabila bergelar alumni kelak.

Tarikh Input: 02/10/2023 | Kemaskini: 11/10/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcOAs~