NURUL SYAZWANI MOHAMED ZABIDI PENERIMA PERTAMA ANUGERAH ENDOWMEN SULTAN IDRIS SHAH | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » NURUL SYAZWANI MOHAMED ZABIDI PENERIMA PERTAMA ANUGERAH ENDOWMEN SULTAN IDRIS SHAH

NURUL SYAZWANI MOHAMED ZABIDI PENERIMA PERTAMA ANUGERAH ENDOWMEN SULTAN IDRIS SHAH

Oleh : Suziana Che Wil 

 

SERDANG - Nurul Syazwani Mohamed Zabidi, Alumni UPM Kelas 2023 graduan lulusan pengajian Bacelor Pentadbiran Perniagaan merupakan penerima pertama bagi Anugerah Endowmen Sultan Idris Shah sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-47, Sidang kedua, pada sesi pertama. Lebih manis lagi, anugerah ini disampaikan sendiri oleh Tuanku Canselor UPM, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Alhaj.  

Anugerah Endowmen Sultan Idris Shah ini merupakan Hadiah Universiti yang baharu tajaan Tabung Endowmen Sultan Idris Shah (TESIS). Tabung TESIS dan Anugerah ini adalah julung kali diperkenalkan dan di urus kendali oleh Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM).

'Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa pemilih bagi anugerah ini dan kepada Pusat Perhubungan Alumni atas penganugerahan ini. Dengan penganugerahan ini ianya menjadi satu nilai tambah kepada saya untuk terus meneroka dunia pekerjaan di luar sana. Saya juga yakin dengan adanya anugerah yang seperti ini, yang mana mengiktiraf pelajar yang bergiat aktif dalam bidang kokurikulum memberi satu suntikan semangat kepada para pelajar untuk aktif bukan sahaja dalam dewan kuliah tetapi juga di luar dewan kuliah,' ujar Syazwani.

Syazwani juga antara pelajar yang bergiat aktif dalam Majlis Perwakilan Pelajar ketika pengajiannya. Namun begitu, meskipun bergait aktif dalam kokurikulum dan persatuan, pembahagian masa yang cekap menjadikan pelajaran dan kegiatan kokurikulum seiring dan hari ini beliau telah berjaya buktikan bahawa kedua-dua perkara itu sangat penting dalam membentuk jati diri dan keyakinan diri yang tinggi. 

ARCUPM mengucapkan selamat maju jaya kepada Saudari Nurul Syazwani dalam apa jua bidang yang diceburi dan selamat kembali berbakti kepada alma mater seiring dengan moto UPM "Berilmu Berbakti".

Tarikh Input: 28/11/2023 | Kemaskini: 12/12/2023 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXFeIA5~