Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 5 September - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana (ARCUPM) bagi Program Alumni Townhall & Bengkel Pemerkasaan Penjanaan Alumni UPM yang diadakan di Bilik Menara Warisan Budi. Mesyuarat ini bertujuan untuk memastikan pelarasan ahli jawatankuasa serta penyusunan gerak kerja yang lebih efisien dalam merangka dan melaksanakan program tersebut.
Antara perkara yang dibincangkan termasuklah perancangan program, strategi pelaksanaan, serta pembahagian tugas yang jelas kepada setiap ahli jawatankuasa. Mesyuarat ini juga menjadi platform untuk bertukar pandangan dan idea bagi memperkasa lagi penglibatan alumni UPM dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
Diharapkan segala perancangan yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan baik dan program Alumni Townhall & Bengkel Pemerkasaan Penjanaan Alumni UPM berjalan lancar seperti yang dirancang. Kami percaya program ini akan membawa manfaat yang besar kepada seluruh komuniti alumni dan memperkukuh jaringan antara alumni dan universiti.
-akan dikemaskini-
Tarikh Input: 30/09/2024 | Kemaskini: 30/09/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor