Mesyuarat Jalinan Kerjasama ARCUPM, BHEP & BKU Sempena Sambutan Jubli Emas KPM72 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Mesyuarat Jalinan Kerjasama ARCUPM, BHEP & BKU Sempena Sambutan Jubli Emas KPM72

Mesyuarat Jalinan Kerjasama ARCUPM, BHEP & BKU Sempena Sambutan Jubli Emas KPM72

Oleh : Suziana Che Wil

Suntinga : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG - Bersempena sambutan Jubli Emas KPM 72 satu jalinan kerjasama erat diwujudkan antara Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Bahagian Keselamatan Universiti (BKU) bagi mnelancarkan perjalanan program. 

Mesyuarat yang berlangsung kira-kira satu jam membincangkan mengenai perancangan perjalanan program yang akan melibatkan kira-kira 100 orang alumni dari Kolej Pertanian Malaya (KPM 1972) yang akan kembali ke alma mater. 

Ini akan melibatkan pergerakan secara berkumpulan dalam kawasan Kampus Serdang dan memerlukan sokongan daripada BKU dan juga sokongan daripada BHEP. Pergerakan yang dijangka melibatkan tiga buah bas universiti membawa para alumni ke tempat-tempat yang telah dikenalpasti sebagai tempatan lawatan untuk para alumni. 

Antara tempat yang dijangkakan terlibat adalah Ladang 10 UPM, Edu-Park UPM, sekitar kolej kediaman dan juga ke Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) secara pandu lalu. 

Menurut Ketua Program, setiap tempat yang dilawati ini memerlukan sokongan lalu lintas daripada pihak BKU termasuk polis bantuan yang mengiring setiap lawatan ini bagi melancarkan lalu lintas. 

Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam, di bawah program Menggamit Seribu Kenangan Alumni Reunion (MEKAR) Siri 10 bakal membawa kembali alumni ke alma mater untuk bersama-sama mendokong dan menyokong visi dan misi Universiti ke arah kecemerlangan. 

Para alumni KPM 1972 sendiri telah memilih untuk menyambut Jubli Emas 50 Tahun KPM 1972 di UPM untuk sama-sama melihat perkembangan dan pembangunan Universiti yang dahulunya hanya sebuah kolej pertanian yang kecil. 

Kini Kolej Pertanian Serdang yang dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia sudah melalui satu tempoh perjalanan yang lama dan sudah meraih pelbagai kejayaan bukan sahaja dalam negara bahkan juga di peringkat antarabangsa. 

Tarikh Input: 30/06/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbKA3~