Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang@Homecoming Kali Ke-12 2024 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang@Homecoming Kali Ke-12 2024

Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang@Homecoming Kali Ke-12 2024

Oleh: Suziana Che Wil

 

Serdang, 26 Oktober - Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) bersama Persatuan Alumni UPM telah menganjurkan Majlis Makan Malam Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming kali ke-12, 2024 yang bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM). 

Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan menyempurnakan Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang@Homecoming XII 2024. 

Majlis yang diadakan pada setiap dua tahun ini, menjadi satu tradisi UPM dan berjaya mengumpul hampir 500 orang alumni yang datang dari pelosok negeri. Kehadiran mereka ini sebagai satu tanda simbolik ‘kepulangan’ ke alma mater untuk terus menabur jasa dan bakti. 

Bagi edisi ke-12 penganjuran ini, sebanyak enam anugerah yang akan diberikan kepada alumni yang telah dibuat pemilihan oleh jawatankuasa pemilihan anugerah berdasarkan kepada sumbangan dan khidmat bakti mereka kepada alumni. 

Enam kategori tersebut adalah, Anugerah Mutiara Alumni (anugerah utama dengan seorang penerima), Anugerah Perkasa Alumni (2 penerima), Anugerah Bakti Alumni (4 penerima), Anugerah Jasa Alumni (2 penerima), Anugerah Apresiasi Alumni (15 penerima) dan Anugerah Khas Alumni Antarabangsa (1 penerima dan ini merupakan anugerah baharu diperkenalkan).

Objektif utama penganjuran majlis juga adalah untuk Meningkatkan dana Tabung Sumbangan Alumni bagi kebajikan pelajar UPM melalui pemberian biasiswa, dermasiswa dan bantuan kewangan pelajar. Menyediakan satu wadah berbentuk pertemuan semula kepada alumni UPM untuk menyertai program anjuran universiti bertujuan memantapkan dan memperkasakan jalinan perhubungan antara alumni dengan alma mater; dan Menyokong Pelan Strategik Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dalam menyediakan pengalaman pembelajaran dan kehidupan terbaik kepada pelajar melalui sumbangan alumni kepada pengajaran akademik dan pembangunan prasarana universiti. 

Program ini juga dilihat sebagai satu platform terbaik menyemarakkan lagi semangat ‘Berilmu Berbakti’ di kalangan warga UPM untuk bersama-sama Universiti dalam setiap program dan aktiviti yang dilakukan. 

 

Tarikh Input: 05/11/2024 | Kemaskini: 22/01/2025 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:1:46:38~noCache