LAWATAN DAN KUNJUNGAN MUHIBBAH PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » LAWATAN DAN KUNJUNGAN MUHIBBAH PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

LAWATAN DAN KUNJUNGAN MUHIBBAH PUSAT ALUMNI DAN KERJAYA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

Oleh: Fizi Azeem (Pelajar Latihan Industri, FBMK)

Suntingan: Suziana Che Wil

 

SERDANG – Pusat Alumni dan Kerjaya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melakukan satu lawatan Muhibbah ke atas Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM). Lawatan Muhibbah ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan cara gerak kerja disebabkan berlatarbelakangkan Pusat Tanggungjawab yang sama iaitu mengurus kendali peranan alumni.  

 

Perjumpaan santai berlangsung di Bilik Warisan Menara Budi, ARCUPM dan para tetamu disambut  oleh Pengarah ARCUPM, YBhg. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar serta para pegawai ARCUPM. Manakala pihak Pusat Alumni dan Kerjaya USIM telah diwakili oleh Pengarahnya, Tuan Haji Mazlan Nawang dan para pegawai dari Pusat Alumni dan Kerjaya USIM.

 

Agenda lawatan muhibbah beralih dengan perkenalan dengan lebih lanjut berkaitan dengan Pusat Perhubungan Alumni UPM. Pembentangan dilakukan oleh Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM iaitu Encik Fahmi Azar Mistar. Pembentangan dimulakan dengan latar belakang Pusat Perhubungan Alumni UPM bermula dari Sekolah Pertanian. Kemudian, beralih secara mendalam berkaitan dengan pengurusan dalam memajukan Alumni UPM.

 

Setelah semua slot perbentangan selesai, kedua-dua pihak berkongsi cenderamata sebagai tanda menghargai hubungan yang telah terjalin. Satu fasa perkongsian dalam sama-sama membina hubungan yang baik bersama alumni masing-masing telah berjaya dilakukan dengan harapan yang satu iaitu membina Malaysia Madani melalui kecemerlangan insan bermula di peringkat Universiti.

Tarikh Input: 09/06/2023 | Kemaskini: 01/09/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEcAAD~