Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 19 September - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah menganjurkan sesi perbincangan dan perkongsian bersama Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM (SPE), bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua entiti. Sesi ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi idea serta inisiatif yang dapat memanfaatkan alumni, pelajar, dan masyarakat kampus secara keseluruhan.
Turut hadir dalam sesi ini ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, serta Encik Sahrizan Mat Yatim, Penolong Pegawai Tadbir Kanan ARCUPM. Sementara itu, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM diwakili oleh YBhg. Prof. Dr. Bany Ariffin Amin Noordin, bersama barisan ahli Jawatankuasa Tertinggi Fakulti yang turut serta dalam sesi yang produktif ini.
ARCUPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SPE atas kesudian menerima kunjungan serta perkongsian bermakna ini. Perbincangan ini diharapkan dapat membuka ruang kepada kolaborasi yang lebih erat pada masa hadapan, selaras dengan visi universiti untuk melahirkan graduan yang holistik dan berdaya saing di peringkat global.
Tarikh Input: 30/09/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor