Jerayawara@Fakulti: Alumni UPM Berilmu Berbakti | Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Jerayawara@Fakulti: Alumni UPM Berilmu Berbakti | Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar

Jerayawara@Fakulti: Alumni UPM Berilmu Berbakti | Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar

Oleh: Shahirah Alia 

Suntingan: Suziana Che Wil

 

Serdang, 22 JulaiPusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah mengadakan satu perbincangan bersama Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar mengenai inisiatif Alumni Crowdfunding. Perbincangan ini juga disertakan dengan pelaksanaan Program (Roadshow) Jerayawara@Fakulti: Alumni UPM Berilmu Berbakti dalam hasrat mempergiatkan lagi kempen 1 Alumni 10 Sumbangan Ringgit (1A10SR) dalam kalangan staff alumni UPM.

Sesi perbincangan ini dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Encik Sahrizan Mat Yatim, Penolong Pegawai Tadbir Kanan dan Encik Norfarhan Norzaini, Ketua Seksyen Jalinan dan Geran Alumni.

 

Wakil daripada Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar pula diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Azlizam Aziz (Alumni Kelas 1994) bersama barisan pengurusan tertinggi fakulti. Kehadiran mereka menunjukkan komitmen fakulti dalam menyokong dan merealisasikan inisiatif yang diperkenalkan oleh Pusat Perhubungan Alumni UPM.

Pusat Perhubungan Alumni UPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar atas kesudian menerima kunjungan ini. Kolaborasi seperti ini diharapkan dapat terus mengukuhkan ikatan antara alumni dan fakulti, sekaligus memperkasa usaha-usaha memajukan institusi dan komuniti UPM secara keseluruhannya.

Tarikh Input: 23/07/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:2:06:24~noCache