Oleh: Shahirah Alia
Suntingan: Suziana Che Wil
Serdang, 29 Julai - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah melaksanakan Program Jerayawara@Fakulti: Alumni UPM Berilmu Berbakti di Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. Program ini dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Ahmad, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Encik Norfarhan Norzaini, Ketua Seksyen Jalinan dan Geran Alumni, serta Puan Suziana Che Wil, Ketua Seksyen Penerbitan dan Media Kreatif Alumni.
Wakil Fakulti Pengajian Pendidikan pula diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, bersama ahli jawatankuasa pentadbiran tertinggi fakulti.
Pertemuan ini juga memberi peluang kepada ARCUPM menguar-uarkan Majlis Makan Malam Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming Kali ke-12 yang akan berlangsung pada 26 Oktober 2024, di Dewan Besar, Pusat Kesenian dan Kebudayaan Sultan Abdul Aziz Shah.
Selain itu, ARCUPM juga sempat membentangkan mengenai inisiatif 1 Alumni 10 Sumbangan Ringgit (1A10SR) seperti mana yang dihasratkan oleh Tuanku Canselor UPM dalam bersama-sama menyemarakkan semangat kembali berbakti kepada alma mater oleh para alumni UPM.
Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Fakulti Pengajian Pendidikan atas kesudian menerima kunjungan ini.
Tarikh Input: 31/07/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor