Coffee Table Book “50 Jewels Of UPM”: Bersama Dr. Hajah Ruziah Haji Ghazali | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Coffee Table Book “50 Jewels of UPM”: Bersama Dr. Hajah Ruziah Haji Ghazali

Coffee Table Book “50 Jewels of UPM”: Bersama Dr. Hajah Ruziah Haji Ghazali

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan


SERDANG – 26 Jun 2021, Satu sesi temubual salah seorang daripada 50 ikon alumni terbilang iaitu Dr Hajah Ruziah bt Haji Ghazali iaitu alumni kelas 2000 dan 2007. Sesi temubual yang diadakan secara dalam talian itu berjalan lancar dan pelbagai kisah kejayaan dapat dikongsi Bersama. 

Setiap pengkisahan kejayaan ini akan dimuatkan ke dalam Coffee Table Book “50 Jewels of UPM” yang akan dilancarkan pada satu Majlis Makan Malam Sireh Pulang Ke Gagang yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2022. 

Penerbitan Coffee Table Book ’50 Jewels of UPM’ merupakan satu projek usaha sama Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) dan Persatuan Alumni UPM (PAUPM) sempena menyemarakkan dan meraikan Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021).

Pusat Perhubungan Alumni dan Jawatankuasa penerbitan Coffee Table Book '50 Jewels of UPM' mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan kesudian pihak YBrs. Dr. meluangkan masa bersama kami dalam menceritakan kisah perjalanan hidup sebagai seorang pakar motivasi yang selalu dijadikan contoh dan teladan.

Tarikh Input: 30/09/2021 | Kemaskini: 30/09/2021 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEYLAH~