Biasiswa Alumni, Dua Pelajar Bertuah Bakal Menerima Tajaan Pengajian Daripada Pertubuhan Kebajikan Salak | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Biasiswa Alumni, Dua Pelajar Bertuah Bakal Menerima Tajaan Pengajian Daripada Pertubuhan Kebajikan Salak

Biasiswa Alumni, Dua Pelajar Bertuah Bakal Menerima Tajaan Pengajian Daripada Pertubuhan Kebajikan Salak

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG – Satu temuduga oleh Pertubuhan Kebajikan Salak telah dilakukan secara dalam talian pada 16 Mac 2022 yang lalu. Seramai lima orang calon telah dipanggil untuk menghadiri temuduga dan dua orang yang berjaya mendapat markah purata tertinggi akan dipilih untuk menerima tajaan ini. 

Sepanjang sesi temuduga itu berlangsung seramai empat panel penemuduga bertanggungjawab untuk memberikan markah ke atas calon dan keputusan terakhir pemilihan adalah tertakluk kepada penaja untuk membuat pemilihan. 

Antara penemuduga yang hadir, Tuan Haji Mohd Aris Fadzilah Abdullah, Penaja Biasiswa Pertubuhan Kebajikan Salak, Cik Nurul Fathiyah Edrus, wakil daripada pejabat TNC, Puan Sharinah Muztaba, wakil Bursar dan juga Encik Fahmi Azar Mistar, Timbalan Pengarah, Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM). 

Sesi temuduga yang berlangsung hampir tiga jam itu akan menawarkan biasiswa sebanyak RM6,000 seorang (yuran pengajian sahaja). Kali ini Pertubuhan Kebajikan Salak akan menaja dua orang pelajar peringkat diploma. 

Di akhir sesi tersebut dua orang calon yang berjaya menerima biasiswa ini adalah Nur Aziera Asri dan Nur Iffah Syafina Omar berjaya menerima biasiswa daripada Pertubuhan Kebajikan Salak. Manakala calon Muhammad Khairin Danish Mohd Khairani mendapat sumbangan tiket kapal terbang pergi dan balik sebanyak RM400,00 dan seorang orang lagi calon, Muhammad Alif Haziq Shahrizal mendapat sumbangan RM300.00 untuk perbelanjaan makanan selama sebulan. 

Pusat Perhubungan Alumni selaku entiti yang berhubung rapat antara alumni, alma mater dan pelajar mengucapkan tahniah kepada calon yang berjaya dan semoga sumbangan biasiswa ini digunakan sebaik mungkin untuk keperluan pengajian.

Tarikh Input: 31/03/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaEAG~