Bengkel Penulisan Berita Dan Artikel Satu Nilai Tambah Kepada Staf UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Bengkel Penulisan Berita dan Artikel Satu Nilai Tambah kepada Staf UPM

Bengkel Penulisan Berita dan Artikel Satu Nilai Tambah kepada Staf UPM

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan



SERDANG, 14 Julai 2021 – Bengkel Penulisan Berita dan Artikel telah pun berlangsung pada 14 Julai 2021 dengan lancarnya. Bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah dikendalikan oleh Encik Mohammad Nazry Hisyam, Ketua Seksyen Komunikasi Korporat dan Pengurusan Majlis, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), UPM. 

Bengkel yang dijalankan secara dalam talian ini telah dihadiri oleh 61 orang terdiri daripada pegawai UPM dan juga staf sokongan setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UPM. 

Encik Nuruliman Ibn Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar ketika menyampaikan ucapan alu-aluan berkata, penganjuran bengkel ini bertujuan untuk menggilap kemahiran penulisan setiap peserta khususnya dalam mempertingkatkan keterlihatan entiti masing-masing menerusi laman web dan media sosial yang sekaligus akan turut melonjakkan keterlihatan universiti.

“Realitinya, semua PTJ mempunyai banyak nilai berita dalam setiap aktiviti organisasi masing-masing, namun pasti kurang mendatangkan impak sekiranya tidak disebarkan dengan gaya hebahan yang menarik. Persekitaran kerja hari ini memerlukan kreativiti dalam mempersembahkan setiap aktiviti kepada perhatian umum” tambah beliau.

Dalam bengkel ini banyak input yang relevan dan signifikan telah dikongsikan oleh Nazry Hisyam yang merangkumi jenis-jenis berita, kategori berita, sudut pemberitaan, komponen utama pemberitaan dan banyak lagi.

Sementara itu, salah seorang peserta bengkel, Encik Bukryman Sabri berkata, penganjuran bengkel ini adalah amat baik. Beliau yang juga Pengerusi Sahabat Masjid UPM turut mencadangkan supaya pihak penganjur memperluaskan penyertaan dalam kalangan pelajar universiti untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi mereka sebagai sebahagian daripada kemahiran insaniah.

Tarikh Input: 23/08/2021 | Kemaskini: 30/09/2021 | alif.isnain

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEURA0~