Alumni Townhall, Mencari Titik Kebersamaan Dalam Memantapkan Hubungan Bersama Alumni UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Alumni Townhall, Mencari Titik Kebersamaan dalam Memantapkan Hubungan Bersama Alumni UPM

Alumni Townhall, Mencari Titik Kebersamaan dalam Memantapkan Hubungan Bersama Alumni UPM

Oleh: Shahirah Alia 

Suntingan: Suziana Che Wil

 

Serdang, 9 SeptemberPusat Perhubungan Alumni dengan kerjasama Jemaah Pengetua Kolej-kolej Kediaman Universiti Putra Malaysia, Alumni Townhall telah berjaya diadakan pada 9 September 2024 di Dewan Taklimat Serdang, Bangunan Canselori Putra telah berlangsung dengan jayanya.

Sesi dimulakan dengan perkongsian daripada panel yang terdiri daripada alumni UPM yang mana membawa topik dan tajuk perbincangan yang menarik. Menerusi topik perbincangan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada warga UPM terutama pada pelajar yang turut hadir. 

 

Antara panel yang hadir terdiri daripada Tan Sri Datuk Seri Dr. Mazlan Lazim, Alumni Kelas 1985 & 1994, Encik Mohamad Sabrie Mohamad Salleh, Alumni Kelas 2009 dan Dr. Ibrahim Mohamed, Alumni Kelas 1975. Manakala moderator pula Dr. Ahmad Fareed Ismail, Alumni Kelas 2003 & 2008. 

Perkongsian pengalaman dan pandangan mereka telah memberi inspirasi yang besar kepada kita semua. Pusat Perhubungan Alumni UPM berharap usaha ini dapat mengeratkan lagi hubungan di kalangan alumni serta memberi manfaat yang berpanjangan kepada Universiti Putra Malaysia dan masyarakat.

Tarikh Input: 30/09/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
S.2025/3/13:1:53:37~noCache