Alumni Terbilang UPM : Sekalung Ucapan Tahniah YAB Dato’ Seri Amirudin Shari | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Alumni Terbilang UPM : Sekalung Ucapan Tahniah YAB Dato’ Seri Amirudin Shari

Alumni Terbilang UPM : Sekalung Ucapan Tahniah YAB Dato’ Seri Amirudin Shari

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 



SERDANG : 20 Oktober 2021, Sekalung ucapan tahniah dan syabas kepada YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar, Selangor atas pelantikan beliau selaku penaung baharu Persatuan Alumni UPM (PAUPM) bagi sesi 2021-2023. 

Pelantikan ini adalah bagi menggantikan mantan penaung PAUPM terdahulu iaitu YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang telah tamat tempoh bagi sesi 2019-2021. 

Pelantikan baharu ini akan menerusikan perjalanan PAUPM dan alumni dalam memberi khidmat bakti kepada alma mater. Dengan pelantikan ini juga dilhat satu pembaharuan apabila orang muda mula memberikan komitmen kepada persatuan yang akan membawa banyak perubahan positif. 

Dato’ Seri Amirudin merupakan alumni kelas 2002 dalam bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial. Semasa di alam kampus beliau sudah bergiat aktif dalam aktvitisme pelajar dan beliau juga terkenal sebagai seorang pendebat yang hebat.

Kini YAB Dato’ Seri Amirudin kembali ke alma mater untuk menyumbang kembali kepada institusi bersama Persatuan Alumni UPM. Pusat Perhubungan Alumni UPM mengucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikan ini. 



Tarikh Input: 08/11/2021 | Kemaskini: 03/02/2023 | alif.isnain

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdUAi~