Alumni Berbakti Yayasan Kebajikan Suria Memberi Sumbangan Peranti Kepada Pelajar UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Alumni Berbakti Yayasan Kebajikan Suria Memberi Sumbangan Peranti Kepada pelajar UPM

Alumni Berbakti Yayasan Kebajikan Suria Memberi Sumbangan Peranti Kepada pelajar UPM

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG – Pusat Perhubungan Alumni kekal menjadi entiti penghubung antara alumni, alma mater dan pelajar. Melalui inisiatif Alumni berbakti, Pusat Perhubungan Alumni menerusi Program Tracing Alumni for Collaboration & Engagement (TRACE) Bridges – Link District (TAD)@Johor Tenggara telah berjaya mendapatkan 16 buah peranti, sumbangan daripada Yayasan Kebajikan Suria kepada pelajar-pelajar UPM yang memerlukan, terutamanya mereka daripada keluarga B40 dan asnaf.  

Peranti ini diserahkan sendiri oleh Pengerusi Yayasan Kebajikan Suria, Encik James Ho kepada Pusat Perhubungan Alumni untuk diagihkan kepada pelajar. Turut hadir pada sesi penyerahan ini adalah Naib Canselor UPM, YBhg. Prof. Dr. Roslan Sulaiman, Pendaftar UPM, Encik Muhazam Mansor, Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Encik Fahmi Azar Mistar, wakil daripada Persatuan Alumni UPM (PAUPM) dan juga Ketua Seksyen Jalinan Industri dan Geran Alumni, Encik Fudhayl Omar. 

Secara tidak langsung apa yang dihasratkan oleh Naib Canselor UPM, YH, Prof. Dato’ Dr. Roslan Sulaiman melalui Naratif Naib Canselor 2022, dalam aspirasi ke 11, melibatsama alumni untuk kelangsungan universiti berjaya dilaksanakan. 

Keterlibatan alumni dalam membantu para pelajar UPM telah menunjukkan kebersamaan alumni untuk menjayakan visi dan misi universiti iaitu mengekalkan reputasi UPM sebagai Universiti paling lestari. 

Pusat Perhubungan Alumni menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dalam bersama-sama membantu pelajar untuk terus menggapai kecemerlangan dan seterusnya mereka pula kembali untuk menyumbang kepada universiti. 




Tarikh Input: 31/03/2022 | Kemaskini: 25/04/2022 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaOAe~