Oleh : Suziana Che Wil
Tiada ucapan semanis kata, itulah yang boleh digambarkan. Pusat Perhubungan Alumni telah kehilangan seorang ketua yang sangat berdedikasi setelah Dr Arba'ie Sujud bersara.
Selama tiga tahun menabur bakti dan jasa selaku Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, banyak kenangan manis yang tercipta.
Pastinya banyak juga perubahan dan kejayaan yang dicapai oleh Pusat Perhubungan Alumni adalah hasil sumbang saran daripada beliau yang tidak pernah kering memberikan pelbagai idea yang bernas dalam membantu warga UPM terutamanya alumni dan pelajar.
Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Dr. Arba'ie atas khidmat bakti beliau selama ini.
Date of Input: 26/09/2023 | Updated: 17/12/2025 | suziana.wil

Ground Floor
Office of Deputy Vice-Chancellor
(Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor