Tajuk Acara
TEMU MESRA ALUMNI: AKE BENEFIGS, SHAH ALAM
Tarikh
08 Jan 2026 - 08 Jan 2026
Lokasi
AKE Benefigs, Shah Alam.
Ringkasan Acara
Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia telah mengadakan satu sesi temu mesra alumni bersama Encik Hafidz Arifin, Alumni Universiti Putra Malaysia Kelas 2009, di AKE Benefigs, Shah Alam. Sesi ini diketuai oleh Dr. Muhammad Mu'az Mahmud, Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia.
Sesi temu mesra ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara universiti, alumni dan industri, di samping meneroka potensi kolaborasi jangka panjang yang mampu memberi manfaat bersama. Pertemuan ini bukan sekadar kunjungan hormat, sebaliknya menjadi platform perbincangan bermakna berkaitan pembangunan jaringan, kerjasama strategik dan penggerak ekosistem ekonomi alumni.
Kemaskini:: 16/04/2026 [suziana.wil]
PERKONGSIAN MEDIA