Majlis Makan Malam Amal Sirih Pulang ke Gagang @Homecoming XI Tahun 2022 merupakan salah satu acara rasmi Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah dipersetujui oleh Pihak Pengurusan Universiti. Majlis ini bertujuan untuk membawa alumni kembali ke kampus bagi menyuburkan semangat kecintaan kepada alma mater.
Pertemuan alumni dalam majlis ini dihasratkan memenuhi Aspirasi Naib Canselor 2022 yang ke-11 iaitu “Melibat sama Alumni untuk Kelangsungan Universiti” bagi memacu kecemerlangan institusi sebagai sebuah Menara Ilmu.
Penyertaan adalah terbuka kepada alumni UPM, rakan universiti, badan korporat, pemegang taruh, dan individu yang berminat untuk menyumbang dan menghadiri majlis ini.
Alumni Relations Centre
Ground Floor Office of Deputy Vice-Chancellor (Research and Innovation) Universiti Putra Malaysia Off Lebuh Silikon 43400 UPM Serdang, Selangor
+6039769 1017
0386566933
alumni@upm.edu.my
EMERGENCY LINE (24 HOURS) AUXILIARY POLICE & SECURITY CENTER