Alumni Mentor Projek MegaChili 2021, Kamarulridhuan Razali Kongsi 13 Tip Sebelum Dan Selepas Menanam | Pusat Perhubungan Alumni
» ARTIKEL » Alumni Mentor Projek MegaChili 2021, Kamarulridhuan Razali kongsi 13 tip sebelum dan selepas menanam

Alumni Mentor Projek MegaChili 2021, Kamarulridhuan Razali kongsi 13 tip sebelum dan selepas menanam

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

Projek MegaChili 2021, mengeluarkan geran jalinan alumni kepada peserta projek sebanyak RM50,000,00 sebagai satu permulaan modal untuk para peserta menggerakkan projek tanaman cili di bawah Kolej Kediaman masing-masing.

Sebanyak 12 kolej kediaman di kampus Serdang termasuk Kampus Bintulu telah berjaya dikumpulkan untuk menjayakan projek ini.

Projek yang bakal mencatat satu lagi sejarah buat UPM apabila keberhasilannya sudah mampu dikecapi kelak. Projek ini juga membawa keterlibatan alumni UPM selaku mentor.

Pada bengkel Siri ke-2 yang menampilkan alumni mentor, Encik Kamarulridhuan Razali telah berkongsi tip dan petua asas sebelum dan selepas proses menanam cili secara fertigasi.

 

13 Tip dan Petua Asas

  1. Lima hari sebelum menanam perlu lakukan aktiviti mengisi cocoapeat ke dalam polibeg dan terus menyusun polibeg dengan jarak 1.5 inci x 5 inci.
  2. Tiga hari sebelum proses menanam dilakukan, perlu menyiram polibeg sehingga cukup basah hingga ke bahagian bawah polibeg.
  3. Dua hari sebelum proses menaman, perlu lakukan pemeriksaan ke atas mikrotiub dan penitis agar ia tidak tersumbat.
  4. Satu hari sebelum mula menanam, perlu periksa keadaan mikrotiub dan polibeg dalam keadaan baik dan anak benih sudah sedia untuk ditanam.
  5. Pada hari mula menanam pastikan anak benih disiram dengan air kosong terlebih dahulu sebanyak tiga kali sehari. Proses menanam ini perlu dilakukan dalam masa sehari sahaja.
  6. Pada hari pertama hingga hari ketiga menanam perlu mula titiskan larutan baja sebanyak 150ml ke dalam setiap titisan. Perlu lakukan sebanyak tiga kali sehari iaitu pada jam 8 pagi, 11pagi dan juga jam 5 petang.
  7. Hari keempat dan hari ke-14 perlu buat pemeriksaan pencegahan penyakit Pythium.
  8. Hari ketujuh penanaman tunas air pokok mula tumbuh. Pada situasi ini buang kesemua tunas air pokok dengan menggunakan tangan sahaja dengan cara menarik ke sisi pokok.
  9. Pada hari ke-14 hingga hari ke-20 penanaman, untuk kuatkan batang pokok, boleh pacakkan kayu pancang (berbentuk X). Boleh gunakan kayu ataupun besi jenis GI. Ikatkan pokok tetapi jangan terlalu ketat untuk mengelakkan memberi kesan kepada tumbesaran pokok.
  10. Hari ke-20 hingga 27 kawalan lebih ketat ke atas serangan serangga perosak. Usia pokok begini serangga perosak seperti kutu afids, kutu trip, hamama, ulat ratus dan lalat putih giat menyerang pokok. Kerja-kerja kawalan perosak hinggalah sentiasa dilakukan mengikut keadaan. Formula 147 sering digunakan iaitu pada hari pertama, hari keempat dan hari ketujuh yang mana semburan racun serangga perlu dilakukan sebelum jam 10 pagi ataupun selepas jam 5 petang.
  11. Pada hari ke-20 hingga hari ke-150 penanaman kerja-kerja pengawasan mesti dibuat sepanjang masa. Setiap kerosakan pada tanaman perlu dirawat dengan segera.
  12. Hari ke-75, adalah hari yang mendebarkan. Pada hari ke-75 buah pertama sudah mulai masak. Pada ketika itu, buah dipetik hanya mengikut pasaran sahaja.
  13. Pada hari ke-75 hingga 150, buah pertama sudah mulai masak dan akan terus masak hingga melebihi hari ke-160 .

 

Segala tip dan petua yang diberikan oleh alumni mentor perlu digunakan sebagai mungkin oleh peserta. Bukan sahaja untuk memastikan kejayaan Projek MegaChili 2021 tetapi juga sebagai bekalan apabila mereka benar-benar bergiat dalam bidang pertanian selepas graduat kelak.

Tarikh Input: 09/08/2021 | Kemaskini: 28/03/2023 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbJAz~