Agro Alumni Industry Mentoring And Coaching Programme (AIMAC): Satu Landasan Melahirkan Usahawan Tani (Agropreneur) Dalam Kalangan Pelajar Asnaf Dan B40 UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» ARTIKEL » Agro Alumni Industry Mentoring and Coaching Programme (AIMAC): Satu Landasan Melahirkan Usahawan Tani (Agropreneur) Dalam Kalangan Pelajar Asnaf Dan B40 UPM

Agro Alumni Industry Mentoring and Coaching Programme (AIMAC): Satu Landasan Melahirkan Usahawan Tani (Agropreneur) Dalam Kalangan Pelajar Asnaf Dan B40 UPM

Oleh: Syafiq Hariz Mohd Hanafiah

Suntingan: Nik Hafzaini Nik Hassan

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) sesi 2020/2021 dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Malaysian Agro Entrepreneurial Club for University Students (Myagrosis) UPM buat julung kalinya telah menganjurkan projek Agro Alumni Industry Mentoring and Coaching (AIMAC). 

Projek AIMAC berlangsung selama satu (1) tahun bermula daripada 19 Oktober 2020 hingga 18 Oktober 2021 dan merupakan satu projek berfasa yang dilaksanakan di Rumah Teduhan Fakulti Pertanian, Agrotek, Taman Pertanian Universiti, UPM. Projek ini memberi peluang dan pendedahan berkaitan kemahiran asas usahawan pertanian “Agropreneur”  kepada 10 pelajar UPM dalam kategori asnaf dan B40 di bawah bimbingan alumni UPM iaitu Encik Ahmad Nazri Abdullah Zawawi yang merupakan Alumni Kelas 2000 dan 2015. AIMAC turut melaksanakan sesi bimbingan latihan pertanian jangka panjang dengan penerapan inovasi pertanian seperti penggunaan Internet of Things (IoT) dan Artificial Intelligence (AI) agar pelajar boleh mempraktiskan pelaksanaan tanaman pertanian menggunakan kaedah ini sebagai mata pencarian mereka kelak. Ini selari dengan hasrat projek untuk melahirkan usahawan tani yang mampu berdaya saing dan kompeten agar mampu seiring dengan arus perubahan negara moden 2030. 

 

Projek AIMAC mensasarkan impak pelaksanaannya meliputi aspek penyediaan kebolehpasaran graduan, pewujudan usahawan tani dalam kalangan pelajar dan keberhasilan pelajar UPM terutamanya dalam kategori asnaf dan B40 agar kelompok ini didedahkan kepada bidang kerjaya usahawan pertanian yang akan membantu mereka apabila bergradut kelak. Natijahnya, lebih ramai usahawan tani dalam kalangan pelajar UPM dapat dihasilkan yang pasti mampu meningkatkan keterlihatan UPM sebagai sebuah institusi dalam pemindahan ilmu pertanian kepada pelajar, masyarakat dan negara amnya.

Tarikh Input: 28/08/2021 | Kemaskini: 28/03/2023 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEaQA3~