Penubuhan Dan Pelancaran | Pusat Alumni
» YAYASAN PAK RASHID » Penubuhan dan Pelancaran

Penubuhan dan Pelancaran

Yayasan Pak Rashid (YPR) dengan rasminya telah dilancarkan pada bulan November 2000. Yayasan yang diilhamkan bersempena namanya Pak Rashid, merupakan cetusan idea rakan- rakan dan Alumni yang mengenali serta sentiasa mengingati beliau sebagai seorang guru yang cemerlang. Pengasas dan perintis kepada penubuhan Universiti Pertanian Malaysia ini merupakan seorang guru yang terkenal dengan tahap disiplin yang tinggi dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada para pelajar sepanjang khidmat beliau. Dedikasi terhadap pendidikan dan semangat cintakan pertanian telah melayakkan beliau mendapat pengiktirafan tertinggi iaitu Honorary Doctorate in Letters daripada Universiti Pertanian Malaysia dan Ridley Centennial Award (Posthumous). Belas ihsan dan Dinamik adalah ungkapan tepat untuk memperincikan sifat peribadi beliau yang sudah cukup kuat memberi impak dan mengubah haluan para pelajar daripada seorang pelajar kampung yang penuh dengan sifat pemalu menjadi tokoh korporat dan usahawan yang berjaya kepada Negara.

Yayasan Pak Rashid sentiasa menyokong kecemerlangan UPM dalam pelbagai cara melalui penubuhan Kursi Pendidikan. YPR melalui penyaluran geran penyelidikannya berusaha meningkatkan taraf Universiti Putra Malaysia sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang terulung dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Yayasan Pak Rashid juga turut mengurniakan Anugerah Pingat Emas Yayasan Pak Rashid kepada pelajar cemerlang dan menyokong projek- projek berinovasi dalam bidang pertanian dan pendidikan. Berikutan itu, YPR sangat bergantung kepada sumbangan dermawan, Alumni dan teman- teman Universiti bagi merealisasikan objektif dan matlamat penubuhannya.

YPR juga menjalinkan perkongsian strategik dengan Alumni dan badan- badan korporat untuk mencapai dan mengekalkan kemasyhuran ke arah kemajuan pendidikan dan profesional. Khabar gembira turut diberitakan apabila ahli- ahli Persatuan Alumni, UPM berminat untuk mengetuai aktiviti peningkatan dana dalam bentuk sumbangan endowmen kepada universiti. Kami berharap agar tradisi kedermawanan akan mencorak masa depan UPM. Kami amat menghargai alumni dan rakan- rakan yang sentiasa mengingati UPM sebagai Alma mater. Apabila anda berfikir untuk menyumbang fikirlah UPM. Sumbangan anda walaupun kecil amat bernilai kepada YPR. Kami berbesar hati menerima sumbangan anda samaada kecil atau besar, dalam sebarang bentuk atau wang asalkan ia dapat membantu merealisasikan objektif YPR hendaknya.

Kemaskini:: 10/11/2017 [hafzaini]

PERKONGSIAN MEDIA

B1571676098