Fakta Ringkas | Pusat Alumni
» MENGENAI KAMI » Maklumat Korporat » Fakta Ringkas

Fakta Ringkas

FUNGSI DAN PERANAN PEJABAT ALUMNI

  • Fokus utama ialah mempergiatkan dan memperkukuhkan jalinan hubungan dengan alumni UPM tempatan dan antarabangsa secara berterusan.
  • Menyelaras dan menguruskan penjanaan pendapatan dan meningkatkan pendanaan biasiswa/ bantuan kewangan pelajar UPM.
  • Menyalurkan maklumat berkenaan alumni melalui laman sesawang, media sosial dan penerbitan Majalah Alumni UPM “Serdang Sun” dan UPM Alumni e-newsletter.
  • Mengemaskini maklumat dan data alumni UPM dari semasa ke semasa.
  • Menjadi entiti perhubungan (liaison) dengan Persatuan Alumni UPM (PAUPM).

 

AKTIVITI DILAKSANAKAN

Antara aktiviti Pusat Alumni adalah Sambutan Hari Alumni UPM 21 Mei (Serdang Heritage dan Tautan Mahabbah), Alumni Mentorship Programme, UPM Ambassador, Alumni Reunions dan Homecoming, Siri Syarahan Awam Yayasan Pak Rashid dan Distinguished UPM Alumni Lecture Series: Living the Serdang Story (DALS), Tracing Alumni For Collaboration & Engagement (TRACE), Bridges-Link, Temu Mesra Alumni Industri, Sukan Persahabatan Alumni (Golf, Boling, Futsal dan Ragbi), Inisiatif Korporat ACUPM (Alumni UPM Schorlarship, Alumni UPM Sponsorship, Kempen 1 Alumni 1 Sumbangan Ringgit dan lain-lain.

ANUGERAH/ BIASISWA/ BANTUAN KEWANGAN

Anugerah

  • Pingat Emas Yayasan Pak Rashid
  • Pingat Emas Profesor Emeritus Tan Sri Dr Rashdan Baba
  • Anugerah Alumni (Mutiara, Perkasa, Khas, Bakti dan Apresiasi)

Biasiswa dan Bantuan Kewangan Pelajar

  • Bantuan kewangan YPR kepada pelajar yang mengalami masalah kewangan yang difikirkan sesuai.
  • Biasiswa YPR diberikan kepada pelajar Diploma dan Bacelor bagi program Pertanian dan bukan Pertanian.
  • Geran penyelidikan jangka pendek YPR kepada tenaga pengajar muda bagi menggalakkan mereka berkecimpung dalam penyelidikan dan pembangunan.
  • Biasiswa Soh Kim Mee diberikan kepada pelajar Diploma dan Bacelor bagi program Pertanian.

 

Kemaskini:: 13/02/2018 [hafzaini]

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
B1566102058