Persatuan Alumni UPM | Pusat Alumni
» PERSATUAN/CHAPTER ALUMNI » Persatuan Alumni UPM

Persatuan Alumni UPM

 

PENGENALAN

Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM) secara rasminya didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (ROS) di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 29 Jun 1971 dahulunya dikenali sebagai Persatuan Bekas Siswa Kolej Pertanian Malaya. Nama tersebut ditukar kepada Persatuan Alumni Universiti Pertanian Malaysia pada 23 November 1973 susulan pertukaran nama alma mater kepada Universiti Pertanian Malaysia. Ia kemudiannya ditukar kepada Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia pada tahun 1998 berikutan pertukaran nama universiti.

Alumni yang bergraduat pada tahun 2004 sehingga kini secara tidak langsung telah disahkan menjadi Ahli Persatuan Alumni UPM.

 

OBJEKTIF

  • Menjalin perhubungan yang akrab di antara ahli dengan tujuan utama untuk mempertingkatkan kemampuan intelektual, akademik dan nilai diri mereka.
  • Memupuk perhubungan yang baik di antara Alumni dan UPM untuk faedah bersama.
  • Membantu UPM di dalam mencapai objektifnya untuk kecermelangan pendidikan, penyelidikan, perkhidmatan dan memartabatkan hingga ke peringkat antarabangsa.
  • Dengan pengetahuan Alumni/Ahli yang luas menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara
  • Menjalankan kegiatan sukan, rekreasi dan kebajikan untuk ahli.

 

FAEDAH KEAHLIAN

  1. Mendapat diskaun yuran penyertaan bagi program/aktiviti anjuran PAUPM.
  2. Diskaun 20% bagi ‘Green Fee” di Kelab Golf UPM.
  3. Diskaun 20% bagi kemasukan ke EduPark UPM.
  4. Bayaran istimewa bagi yuran tahunan keahlian perpustakaan UPM.
  5. Diskaun 10% bagi yuran pendaftaran pengajian di Putra Business School (pendaftaran melalui PAUPM sahaja).
  6. Diskaun bagi produk jualan PAUPM terpilih.
  7. Layak menerima bantuan kewangan melalui Tabung Alumni Prihatin.
  8. Diskaun bagi yuran kelas menunggang kuda di Pusat Ekuin, UPM.
  9. Berpeluang menjadi ahli Koperasi Alumni UPM Serdang Berhad (KOASER).
  10. Boleh dicalonkan menjadi Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Alumni UPM (PAUPM) semasa Mesyuarat Agung Tahunan setiap 2 tahun (hanya Ahli Seumur Hidup sahaja).

 

PAUPM sentiasa berusaha memberikan lebih banyak faedah dan keistimewaan untuk ahli-ahlinya.

Untuk mendaftar sebagai ahli, sila hubungi kami:

Persatuan Alumni UPM (PAUPM)
Aras bawah, Bangunan TNC (Penyelidikan & Inovasi)
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang
Selangor
03-9769 1255/ 7242/ 7243/ 7244

Emel: alumniupm@gmail.com

 

Kemaskini:: 08/01/2020 [hafzaini]

PERKONGSIAN MEDIA

B1594815832