UPM Ambassador | Pusat Alumni
» PROGRAM ALUMNI » UPM Ambassador

UPM Ambassador

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar berhubung kepentingan serta tanggungjawab sebagai seorang alumni di samping memupuk semangat cinta kepada Alma mater. Program ini telah dijadikan sebagai satu platform kepada universiti melalui penglibatan kolej kediaman dalam usaha Pusat Alumni memberikan kesedaran kepada mahasiswa agar sentiasa bersemangat untuk kembali semula ke kampus setelah bergraduat dan bergelar Alumni.

Program dilaksanakan berdasarkan topik ceramah bertajuk "Be An Active Alumni" dan bertujuan untuk memperkenalkan dan mendekatkan entiti Alumni, Pusat Alumni (PA) serta Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM) kepada bakal alumni yang terdiri daripada pelajar tahun akhir di kolej kediaman. Kandungan utama ceramah adalah meliputi objektif, fungsi, peranan dan tanggungjawab PA dan memperkenalkan PAUPM serta program utama yang dilaksanakan. Program ini amat penting sebagai makluman dan hebahan awal kepada para pelajar agar mengenali serta mengetahui peranan mereka sebagai alumni kelak dan menjadikan PA dan PAUPM sebagai rujukan utama kepada mereka untuk kembali ke kampus nanti.

Kemaskini:: 12/09/2017 [hafzaini]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566101662