UPM Hosts The 44th University Malaysia Staff Sports Tournament | Alumni Relations Centre
» NEWS » UPM Hosts The 44th University Malaysia Staff Sports Tournament

UPM Hosts The 44th University Malaysia Staff Sports Tournament

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG - Kejohanan Sukan Staf kali ke-44 telah berlangsung dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku tuan rumah penganjuran pada kali ini. Lebih manis lagi, UPM juga merangkul juara keseluruhan Sukan Staf pada penganjuran kali ke-44 ini. Kejuaraan itu diraih setelah UPM berjaya memungut 18 emas, 19 perak dan 15 gangsa. 

Ini merupakan kali pertama UPM dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Sukan Staf dan YH. Naib Canselor UPM merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada atlet staf yang bertungkus lumus dalam memastikan kejayaan kali ini adalah milik UPM. 

Menurut beliau lagi, SUKUM adalah wadah dalam merapatkan hubungan kekeluargaan antara institusi pengajian tinggi dan dapat membudayakan gaya hidup sihat di kalangan staf dan pelajar institusi pengajian tinggi. Ini adalah satu budaya gaya hidup sihat yang perlu dipraktikkan oleh semua peringkat. 

Bahkan melalui penganjuran acara sukan begini dapat meningkat daya kreativiti dan meningkatkan indeks kesejahteraan staf. SUKUM telah dilangsungkan selama lapan hari dengan UPM selaku tuan rumah. Kehadiran para atlet daripada staf institusi yang lain melancarkan lagi perjalanan kejohanan yang mana tempat kedua telah disandang oleh Universiti Malaysia Perlis dengan kutipan pingat 17 emas, 15 perak dan 19 gangsa. 

Date of Input: 30/09/2022 | Updated: 13/10/2022 | suziana.wil

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
+6039769 1017
0386566933
BWCJHA3:07:02