Soh Kim Mee Scholarship Interview: Seven Students Were Shortlisted | Alumni Relations Centre
» NEWS » Soh Kim Mee Scholarship Interview: Seven Students were Shortlisted

Soh Kim Mee Scholarship Interview: Seven Students were Shortlisted

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

11 November 2021, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan temuduga calon Biasiswa Soh Kim Mee untuk pelajar-pelajar bacelor. 

Biasiswa Soh Kim Mee diwujudkan sejak tahun 2016 selepas pertemuan bersama YBhg. Dato’ Soh Poh Sheng yang merupakan seorang alumni tersohor UPM kelas 1976 di syarikat beliau, Samsoney Group of Companies di Johor Bahru. 

Hasil daripada perjumpaan tersebut beliau berhasrat untuk menyumbang dana sebanyak RM1 Juta dalam bentuk biasiswa di bawah nama Biasiswa Soh Kim Mee  bersempena dengan nama mendiang ayah beliau dalam usaha membantu pembiayaan pendidikan pelajar UPM yang memerlukan dan menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Terdahulu biasiswa Soh Kim Mee telah berjaya menaja dua (2) orang pelajar diploma dan dua (2) orang pelajar bacelor sehingga tamat pengajian. Kini  Biasiswa ini diteruskan lagi pada tahun 2021 dengan menambah seorang (1) pelajar diploma dan seorang (1) pelajar bacelor.

Seramai tujuh (7) calon telah menghadiri sesi temuduga yang telah dijalankan secara dalam talian dan diharapkan melalui sumbangan biasiswa dan bantuan kewangan ini, dapat membantu pelajar UPM yang terdiri daripada golongan B40 serta golongan asnaf dalam sesi pembelajaran mereka dan menjadi dorongan kepada kejayaan mereka.

Date of Input: 28/12/2021 | Updated: 03/02/2023 | suziana.wil

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
+6039769 1017
0386566933
BWCIJAh:09:10