Sekitar Persiapan Majlis Sirih Pulang Ke Gagang@Homecoming 2022 | Alumni Relations Centre
» NEWS » Sekitar Persiapan Majlis Sirih Pulang Ke Gagang@Homecoming 2022

Sekitar Persiapan Majlis Sirih Pulang Ke Gagang@Homecoming 2022

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG - Majlis Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming kali ke-11, edisi 2022 akan berlangsung pada 1 Oktober 2022. Majlis yang akan menghimpunkan para alumni UPM ini dilihat satu manifestasi kepada jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan oleh alumni UPM selama ini. 

Kira-kira 800 orang alumni yang dijangka akan 'pulang' ke alma mater tercinta ini dalam usaha untuk sama-sama kembali menyumbang dan pastinya pertemuan dwi-tahunan ini akan memberikan satu memori yang cukup indah untuk dikenang. 

Sekali lagi Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) dengan kerjasama Persatuan Alumni UPM (PAUPM) dilantik sebagai sekretariat dalam melancarkan perjalanan majlis yang cukup besar ini. Bagi penganjuran kali ke-11 ini, ARCUPM dan PAUPM mensasarkan lebih ramai alumni yang akan turut serta memberikan kerjasama untuk memastikan majlis ini menjadi satu majlis yang cukup gilang gemilang. 

Berkata di Selamat Pagi Malaysia RTM, Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, mengalu-alukan kehadiran dan 'kepulangan' alumni pada Majlis Sirih Pulang ke Gagangkali ke-11 yang merupakan acara kemuncak bagi Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM. 

Turut hadir Encik Ravichandran Tharumalingam (Alumni 1990) turut mengajak rakan-rakan alumni untuk kembali ke alma mater dan memainkan peranan masing-masing dalam sama-sama menyokong dan mendokong visi Universiti menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa. 

 

Dalam memeriahkan lagi sambutan, pada pagi sebelum majlis gilang gemilang berlangsung di Dewan Besar UPM, di UniPutra Golf Club berlangsung Perlawanan Persahabatan bagi meraikan kepulangan Alumni bersama-sama Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman.

Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, pertandingan Homecoming Alumni Golf ini adalah satu inisiatif untuk meraikan mereka yang banyak menyumbang kepada UPM.
 
“Pertandingan ini bersempena dengan Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang@Homecoming XI Tahun 2022 yang akan dianjurkan malam ini bersama alumni serta pertemuan para alumni bagi memupuk semangat kebersamaan sejajar dengan ‘Sederap Melangkah Menuju Al-Falah’,” katanya.

 

Date of Input: 30/09/2022 | Updated: 03/10/2022 | suziana.wil

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
+6039769 1017
0386566933
BVMGLAQ:11:56