SEBA Series 28 – Youth Need To Be Creative Creating Opportunities | Alumni Relations Centre
» NEWS » SEBA Series 28 – Youth Need to be Creative Creating Opportunities

SEBA Series 28 – Youth Need to be Creative Creating Opportunities

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG – 1 November 2021, Sejam Bersama Alumni (SEBA) Siri ke -28 telah berjaya dilangsungkan secara dalam talian Webex oleh Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM). 

SEBA Siri ke-28 telah menampilkan Alumni Kelas 2020, iaitu Encik Sri Balasubramaniyam Subramaniamr. Beliau adalah lulusan Bacelor Sains (Kep) Bioteknologi dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Bio Molekul. Kini beliau sedang menjalankan satu projek khas dibawah Kementerian Sumber Manusia. 

Lebih membanggakan alumni ini juga merupakan First Runner Up Of World Assembly of Muslim Youth (WAMY) Youth Challenge 2021. Satu pencapaian yang boleh menyuntik semangat untuk para belia dan pelajar meningkatkan pencapaian dan mencabar diri dalam perkara atau bidang yang sebelum ini tidak pernah diceburi. 

WAMY merupakan perhimpunan Belia Islam Sedunia. Satu pertubuhan pendidikn Islam antarabangsa yang bertujuan untuk memelihara identity belia Islam dan membantu mengatasi masalah yang mereka hadapi dalam masyarakat moden. WAMY juga didaftarkan di bawah United Nation dan mula ditubuhkan pada tahun 1973. 

Walaupun fokusnya adalah kepada belia Islam, namun ini juga memberikan perhatian kepada pembangunan semua belia. 

Bercerita lanjut mengenai penyertaannya dalam WAMY, Bala mengulas ianya secara tidak sengaja dan beliau berterima kasih dengan WAMY kerana banyak mendedahkannya kepada perkara baharu. 

Berkongsi pengalaman ketika bergelar pelajar, Bala berpendapat setiap pelajar perlu teroka banyak perkara ketika bergelar pelajar. Di university tempat paling sesuai untuk mencungkil kebolehan dan mengasah kemahiran diri. 

Pada zaman belajarnya, Bala mendedahkan beliau banyak terlibat dengan persatuan, antaranya sebagai Timbalan Presiden untuk Persatuan Putra Volunteer, Persatuan Mahasiswa dan banyak lagi, malahan beliau juga Setiausaha Agung untuk Persatuan Hindu. 

“Cara ini kita boleh dapat banyak jaringan hubungan sama ada dengan rakan-rakan dalam kampus dan juga luar kampus. Apabila banyak dedahkan diri dengan persatuan, secara tidak langung dapat tingkatkan kemahiran berkomunikasi dan dapat bina keyakinan diri,” ujar beliau. 

Sebelum berakhir, Bala kongsikan kecemerlangan kepada pelajar yang bersama-sama dalam talian. Untuk berjaya pegang lima perkara ini; 

  1. Jaga peratusan markah setiap semester.
  2. Bina kemahiran diri.
  3. Kenali potensi diri dan asah. 
  4. Banyakkan sertai latihan walaupun hanyalah latihan secara dalam talian.
  5. Jadi diri sendiri. Boleh ada idola tetapi bukan lakukan apa yang dia lakukan tetapi ambil semangat kejayan dia dan lakukan mengikut kemampuan diri sendiri.

Date of Input: 24/11/2021 | Updated: 03/02/2023 | suziana.wil

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUMAT~