Alumni Scholarship : Soh Kim Mee Scholarship Interview Running Well | Alumni Relations Centre
» NEWS » Alumni Scholarship : Soh Kim Mee Scholarship Interview Running Well

Alumni Scholarship : Soh Kim Mee Scholarship Interview Running Well

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG – 21 Oktober 2021, telah berlangsung satu temuduga untuk pelajar yang layak dalam tapisan pertama untuk menerima tajaan biasiswa Soh Kim Mee. Seramai sembilan orang calon telah selesai ditemuduga dan kini menungggu keputusan daripada pihak penaja untuk membuat penilaian.

Sembilan orang calon itu adalah mereka daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan juga keluarga asnaf. Dana sebanyak RM 1Juta yang disumbangkan oleh Alumni Kelas 1976, Ybhg. Dato’ Soh Poh Sheng sebelum ini telah berjaya menaja empat orang pelajar UPM iaitu dua orang daripada program diploma dan dua orang lagi daripada program bacelor. Nama Soh Kim Mee ini diambil daripada nama mendiang ayah kepada Ybhg. Dato’ Soh Poh Sheng dan biasiswa ini diwujudkan sejak tahun 2016 lagi. 

Antara panel yang terlibat dalam temuduga tempoh hari terdiri daripada, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM;  Dr. Hanisah Kamilah Abd Razak; dari Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan; Puan Fairuz Muchtar Bawaze’er, Wakil Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik; Encik Mohamad Rizal Zamberi, Wakil .Pejabar Bursar; dan wakil Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEPA) Encik Shariman Hashim. 

Setiap penilaian akan dilakukan dengan terperinci agar yang benar-benar memerlukan dapat dibantu dan sekaligus membuka peluang untuk pelajar ini meneruskan pengajian dengan jayanya.  

Terdahulu, Pusat Perhubungan Alumni juga sedang dalam usaha mengumpul dana untuk bantuan peranti kepada pelajar yang memerlukan. Dianggarkan sebanyak 50 peranti diperlukan untuk diagihkan kepada pelajar yang memerlukan. Bagi alumni yang ingin menyumbang kembali kepada alma mater boleh terus ke pautan ini; www.alumni.upm.edu.my untuk ketahui lebih lanjut cara untuk menyumbang kembali kepada alma mater.

Semoga dengan sumbangan dan bantuan daripada para alumni ini, dapat menyuntik semangat kepada pelajar ini untuk berusaha mencapai kejayaan dan satu hari nanti mereka pula kembali ke alma mater untuk menyumbang kembali.



Date of Input: 08/11/2021 | Updated: 03/02/2023 | alif.isnain

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
+6039769 1017
0386566933
BWCJHAe:07:00