Alumni Scholarship – Interview Session Runs Well | Alumni Relations Centre
» NEWS » Alumni Scholarship – Interview Session Runs Well

Alumni Scholarship – Interview Session Runs Well

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 



SERDANG – 12 Oktober 2021, Sesi temuduga untuk Program Biasiswa Alumni telah dijalankan secara dalam talian dengan melibatkan sembilan orang calon yang telah disenarai pendek. 

Kesemua calon merupakan pelajar Program Diploma Pertanian dan Perhutanan, Tahun 1, dari Kampus Bintulu, Sarawak. Calon-calon ini adalah mereka yang dari keluarga berpendapatan rendah (B40) dan juga golongan asnaf. 

Rata-rata kesemua calon ini daripada keluarga yang berpendapatan dibawah RM1,500 dengan mempunyai pelbagai tanggung lain. Program Biasiswa Alumni ini, diwujudkan hasil kerjasama antara Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) bersama alumni-alumni yang ingin kembali menyumbang kepada alma mater khususnya membantu pelajar yang tidak berkemampuan. 

Sesi temuduga yang dijalankan secara dalam talian ini adalah untuk mencari dua orang calon yang benar-benar layak untuk menerima biasiswa daripada alumni chapter Cyperus 92. Bagi calon yang layak mereka bakal menerima wang tajaan biasiswa sebanyak RM15,000 untuk menampung kos pengajian selama lima semester. 

Antara panel penemuduga terdiri daripada, wakil Penaja Biasiswa Chapter Cyperus 92; Puan Suhana Md Chairi dan Puan Zurina Zubir, Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan; Dr. Zamri Rosli, Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan; Prof. Madya Dr. Noorasmah Saupi, Wakil Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNCHEPA); Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah, Wakil Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik; Puan Fairuz Muchtar Bawaze’er, Wakil Pejabat Bursar,  Encik Mohamad Rizal Zamberi dan Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar. 

ARCUPM mengucapkan selamat maju jaya kepada calon biasiswa yang terpilih dan harapannya dengan bantuan biasiswa daripada alumni ini menjadi pemangkin kepada pelajar lebih bersemangat untuk mencipta kejayaan yang akan menjadi kebanggaan keluarga, universiti dan juga kepada penaja khasnya. 

Untuk maklumat, ARCUPM sedang giat menjalankan kerjsama dengan pelbagai chapter alumni yang ingin membantu pelajar dan alumni yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dalam pemberian bantuan biasiswa ini boleh terus menghubungi ARCUPM dengan melayari,  https://alumni.upm.edu.my/putrabakti/alumni_berbakti_melalui_pemberian_biasiswa_alumni_scholarship-146



Date of Input: 08/11/2021 | Updated: 03/02/2023 | alif.isnain

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdIAP~