Penilaian EKSA ARCUPM | Alumni Relations Centre
» NEWS » Penilaian EKSA ARCUPM

Penilaian EKSA ARCUPM

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG, 14 September - Penilaian Ekosistem Kondusif Sektor Awam, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah berlangsung dengan lancarnya. Dua penilai telah hadir dalam penjurian iaitu, Puan Nur Farah Hanani Abdul Hamed dari Bahagian Audit Dalam dan Puan Roziah Hanim Ramli dari Pejabat Naib Canselor. 

Turut hadir memberikan semangat kepada staf ARCUPM, Pengarah ARCUPM, YBhg. Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud dan juga Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar. 

Dalam ucapan pembukaannya, YBhg. Pengarah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada kedua-dua juri yang diberikan amanah dan tanggungjawab dalam penjurian EKSA di ARCUPM.

EKSA di ARCUPM telah diberi sokongan sepenuhnya oleh pihak pengurusan ARCUPM apabila bermula pada Februari 2022 lagi persiapan demi persiapan dilakukan dalam pengamalan dan pembudayaan EKSA di ARCUPM. 

 

Sokongan penuh daripada seluruh staf ARCUPM dengan mengadakan gotong royong pada setiap bulan dalam memastikan setiap perincian yang digariskan berjaya diadaptasi sepenuhnya. 

Pembudayaan EKSA ini juga dalam usaha melahirkan suasana di tempat kerja yang lebih sistematik, kondusif dan dapat memberikan perkhidmatan mutu kerja yang lebih baik. 

Amalan 5S yang diamalkan secara tidak langsung akan mewujudkan suasana dan persekitaran di tempat kerja yang selesa, bersih dan teratur. 

ARCUPM menyokong penuh amalan EKSA dan mengamalkan EKSA dalam mewujudkan suasana dan persekitaran tempat kerja yang lebih baik, sistematik dan kondusif. 

 

Date of Input: 30/09/2022 | Updated: 13/10/2022 | suziana.wil

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
+6039769 1017
0386566933
BWCJHAo:07:36