Alumni Magazine Serdang Sun Publication Meeting | Alumni Relations Centre
» NEWS » Alumni Magazine Serdang Sun Publication Meeting

Alumni Magazine Serdang Sun Publication Meeting

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

25 November 2021, Mesyuarat jawatankuasa sidang editorial majalah alumni UPM Serdang Sun isu 22 tahun 2021 kali kedua telah diadakan di Bilik Amar, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM. Mesyuarat yang berlangsung jam 9.30 pagi dilakukan secara hybrid iaitu secara bersemuka dan juga dalam talian. 

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud turut hadir, Penolong Pendaftar dan Ketua Seksyen Penerbitan dan Pengesanan Alumni (SPPA) Puan Nik Hafzaini Nik Hassan, barisan Editor Majalah Alumni Serdang Sun, wakil Penerbit UPM dan sekretariat Majalah Alumni Serdang Sun. 

Mesyuarat ini juga bagi melihat kemajuan kerja dan pembentangan contoh muka depan bagi Majalah Alumni Serdang Sun yang akan diterbitkan menjelang Disember 2021. Bagi tahun ini cetakan yang dipersetujui adalah sebanyak 1,000 naskah untuk diedarkan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) UPM dan juga alumni UPM. 

Kesimpulan daripada mesyuarat tempoh hari, gerak kerja bagi penerbitan Majalah Alumni Serdang Sun Isu 22 masih berada dalam garis masa yang ditetapkan. Perjumpaan akan diadakan sekali lagi pada Bengkel Pemurniaan Majalah Alumni Serdang Sun, 20 Disember 2021. Perjumpaan ini adalah untuk proses penilaian terakhir sebelum dihantar untuk cetakan pada 30 Disember 2021. 

Kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan penerbitan Majalah Alumni Serdang Sun pada kali ini, Pusat Perhubungan Alumni UPM mengucapkan jutaan terima kasih.

Date of Input: 28/12/2021 | Updated: 03/02/2023 | suziana.wil

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUPA7~