Keunggulan 50 Tahun UPM; Hasrat Dan Amanat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia | Alumni Relations Centre
» NEWS » Keunggulan 50 Tahun UPM; Hasrat dan Amanat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Keunggulan 50 Tahun UPM; Hasrat dan Amanat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan



SERDANG – 9 Oktober 2021, sempena program Profesional Walkout Siri 4 baru-baru ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad telah mengadakan lawatan rasmi beliau ke Universiti Putra Malaysia (UPM). Ketibaan beliau disambut oleh Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dan juga Pengurusan Tertinggi UPM. 

Sepanjang lawatan itu, beliau dibawa meninjau sekitar kampus UPM, Serdang. Pada sesi lawatan itu juga, UPM telah diberi mandat oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, untuk membangunkan program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pertanian Pintar bagi melahirkan graduan yang bakal menerajui sektor pertanian pintar negara. 

Ini selaras dengan misi dan visi UPM sendiri yang kini  memberi fokus dalam lima (5) strategi utama iaitu Memacu Pertanian Berteknologi Tinggi; Membangun Karektor Graduan UPM; Melagang Kampus Pintar dan Pendigitalan; Mendukung Kelestarian Institusi Mampan dan Menatang Pembudayaan Norma Baharu bagi memperkukuhkan hasrat sebagai menara ilmu yang disegani. 

Lebih istimewa lawatan YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad ke UPM kali ini adalah pada tahun UPM sedang meraikan Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021).

“Sekalung tahniah diucapkan kepada Universiti Putra Malaysia kerana menyambut Ulang Tahun Jubli Emas pada kali ini. Harapan saya pada warga institusi ini  agar terus melonjak ke hadapan sejajar dan seiring dengan perkembangan semasa dan peredaran teknologi. Saya yakin dengan keupayaan yang dimiliki oleh UPM ini dan saya pasti universiti ini akan menjadi satu universiti primer pada masa akan datang dalam konteks memastikan bahasawanya negara kita ini akan terus berkembang dan maju terutamanya dalam bidang berkaitan pertanian. Saya doakan sekali lagi kepada semua, teruskan kecemerlangan, bina sebaik-baiknya universiti ini. Di Malaysia, hanya UPM yang mengungguli bidang pertanian negara,” akhiri beliau. 

Kelestarian pertanian di UPM terus dilonjakkan dengan Projek MegaChili 2021, yang sedang giat dijalankan di kolej kediaman kampus Serdang.  Antara kolej kediaman yang sedang giat dalam proses awal penanaman adalah Kolej Pendeta Za’ba dan juga Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah. Selepas ini kolej-kolej lain yang terlibat dalam projek ini akan memulakan proses awal penanaman mereka mengikut jadual dan perancangan yang telah ditetapkan.  

Bersama kita melonjakkan kejayaan UPM dalam mengungguli bidang pertanian negara dengan teknologi dan pendigitalan yang tinggi. Sesuai dengan Moto Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM iaitu Pertanian, Inovasi, Kehidupan.

Date of Input: 08/11/2021 | Updated: 08/11/2021 | alif.isnain

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
+6039769 1017
0386566933
BWBfUAo:20:45