Malaysia Public University Roadshow In Conjunction With The Malaysia Public University Alumni Council To The Northern Region | Alumni Relations Centre
» NEWS » Malaysia Public University Roadshow in Conjunction with the Malaysia Public University Alumni Council to the Northern Region

Malaysia Public University Roadshow in Conjunction with the Malaysia Public University Alumni Council to the Northern Region

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

13 November 2021, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah melakukan penjelajahan ke Universiti Awam di Zon Utara bagi bertujuan merakam dokumentari Pusat Perhubungan Alumni Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

Rakaman ini adalah bertujuan untuk paparan sempena majlis penutup Sambutan Hari Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia 2021. Terdahulu, Majlis Alumni Universiti Awam telah didaftarkan pada 18 Julai 2020 dan telah membuktikan kesepakatan dan keserakanan antara 20 Universiti Awam (UA) di Malaysia mampu memperkasakan alumni UA di Malaysia untuk kembali kepada Alma Mater setanding alumni universiti luar negara.

Dalam penjelajahan ke Zon Utara ini selain UNIMAP, turut melibatkan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Proses rakaman ini juga sebagai salah satu proses dokumentasi aktiviti Pusat Perhubungan dan Pembangunan Alumni di setiap universiti awam yang terlibat. 

Ini adalah satu manifestasi dan penghargaan kepada seluruh alumni universiti awam dalam mengamcbil cakna kepada alma mater dan kembali menyumbang kepada institusi dalam usaha sama-sama membantu mencapai hasrat universiti untuk melahirkan graduan yang holistik. 

Universiti Putra Malaysia selaku tuan rumah untuk Majlis Kemuncak Sambutan Hari Alumni Universiti Awam Malaysia, mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh seluruh university awam yang terlibat. 

Semangat kerserakannan ini membukti Majlis Alumni Universiti Awam Malaysia dapat memperkasakan institusi alumni yang sekaligus dapat melaksanakan pelbagai agenda yang akan memberi manfaat kepada Alma Mater dan juga alumni itu sendiri. Sudah tiba masanya alumni kini merupakan ejen perubahan bukan sahaja kepada landskap pendidikan tetapi juga kepada masyarakat Malaysia.

Date of Input: 17/12/2021 | Updated: 03/02/2023 | suziana.wil

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdKAz~