EKSA League Finals ARCUPM 2022 | Alumni Relations Centre
» NEWS » EKSA League Finals ARCUPM 2022

EKSA League Finals ARCUPM 2022

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG - Sepak akhir liga EKSA Pusat Perhubungan Alumni UPM 2022 telah pun berlangsung dengan jaya di Bilik Menara Jam Warisan Budi.

Sepak Akhir Liga EKSA ARCUPM 2022: MEKAR VS SEBA telah dijalankan pada 12 September yang lalu. Sepak akhir ini merupakan kemuncak kepada program apresiasi EKSA ARCUPM 2022.

Satu majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang program penghayatan EKSA ARCUPM telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah ARCUPM merangkap Pengerusi Jawatankuasa EKSA ARCUPM iaitu Encik Fahmi Azar Mistar.

 

Sepak akhir ini anjuran JK Promosi bertujuan untuk memberi penghayatan kepada staf ARCUPM mengenai amalan dan pembudayaan EKSA. Ia juga bertujuan untuk memberi pemahaman kepada semua staf yang rata-ratanya adalah masih baharu dengan amalan dan pembudayaan EKSA. 

Dengan adanya aktiviti ini secara langsung membuatkan semua staf bersedia dengan maklumat EKSA kerana setiap jawapan akan dikira markah dan markah itu akan menyumbang kepada kemenangan zon masing-masing.

Sehingga kini pengamalan dan pembudayaan EKSA di ARCUPM berada pada tahap memuaskan hasil daripada audit kendiri yang telah dilakukan. Semoga amalan ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. 

 

 

Date of Input: 30/09/2022 | Updated: 13/10/2022 | suziana.wil

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
+6039769 1017
0386566933
BWCHPAb:15:58