Distinguished UPM Alumni : Thank You YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail | Alumni Relations Centre
» NEWS » Distinguished UPM Alumni : Thank You YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail

Distinguished UPM Alumni : Thank You YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

SERDANG – 20 Oktober 2021, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) dan Persatuan Alumni UPM (PAUPM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan penaung PAUPM atas usaha yang dilakukan pada sesi 2019-2021. 

Mantan Penaung PAUPM ini merupakan Alumni Kelas 1972 dan beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia yang berkuat kuasa mulai 6 Julai 2020 hingga 5 Julai 2023.

Beliau yang juga Alumni Kelas 1972 bukan sahaja menyumbangkan masa dan tenaga selaku mantan penaung PAUPM, namun atas usaha yang mahu kembali menyumbang kepada alma mater, segala kekurangan dan keperluan di UPM sebolehnya mahu diadakan. 

Baru-baru ini, Alumni Kelas 1972 yang diketuai oleh beliau sendiri, telah mewakafkan, dua  buah wakaf yang diletakkan di Kelab Golf UNIPUTRA. Dengan adanya wakaf ini boleh menjadi tempat berteduh dan berehat para pengunjung Kelab Golf UNIPUTRA.

Bagi beliau, UPM banyak memberi kenangan yang tinggi nilainya kepada beliau. Beliau amat mencintai UPM dan melalui pelbagai pengalaman sejak mula menuntut di UPM yang ketika itu adalah Kolej Pertanian. 

Di atas segala usaha dan komitmen yang diberikan oleh YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis  Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail selama sesi 2019-2021, Pusat Perhubungan Alumni UPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala usaha yang dilakukan dalam membawa alumni kembali berbakti kepada alma mater. 



Date of Input: 08/11/2021 | Updated: 03/02/2023 | alif.isnain

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdAAL~