Agricsc'94 Scholarship Continues To Sponsor Student | Alumni Relations Centre
» NEWS » Agricsc'94 Scholarship Continues to Sponsor Student

Agricsc'94 Scholarship Continues to Sponsor Student

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

12 November 2021, Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan temuduga calon Biasiswa Agricsc’94. 

Sedikit latar belakang, Agricsc’94 merupakan barisan alumni dari tahun 1994 dalam bidang pertanian dan akan menaja seorang (1) pelajar bacelor di Fakulti Pertanian. Seramai dua belas (12) calon telah menghadiri sesi temuduga yang dijalankan secara dalam talian dan juga fizikal.  

Lebih istimewa kali ini ramai dari kalangan Chapter Agrisc94 hadir dalam talian untuk sama-sama menemuduga calon yang telah disenarai pendek. Antara yang turut serta dalam proses temuduga itu adalah Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar. 

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli Chapter Agrisc94 dalam usaha mereka untuk membantu pelajar yang memerlukan meneruskan pengajian hingga bergraduat dengan sumbangan penaja biasiswa kepada pelajar-pelajar ini. 

Diharapkan melalui sumbangan biasiswa dan bantuan kewangan ini, dapat membantu pelajar UPM yang terdiri daripada golongan B40 serta asnaf dalam sesi pembelajaran mereka dan menjadi dorongan kepada kejayaan mereka.

Kepada semua alumni di luar sana yang ingin sama-sama membantu dan berbakti semula kepada Alma Mater, boleh ikuti laman sesawang Pusat Perhubungan Alumni UPM, www.alumni.upm.edu.my untuk mebgetahui lebih lanjut cara untuk menyumbang kembali kepada alma mater.

Biarpun sedikit sumbangan yang kita berikan namun besar harapannya pada mereka yang amat memerlukan. Agar dengan usaha yang murni ini juga menjaga pemangkin kepada pelajar hari ini yang bakal bergelar alumni kembali pula berbakti kepada alma mater suatu hari kelak.

Date of Input: 28/12/2021 | Updated: 03/02/2023 | suziana.wil

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXETOAh~