Amgo Niaga Continues To Contribute Through Scholarships For Asnaf And B40 Students | Alumni Relations Centre
» NEWS » Amgo Niaga Continues to Contribute Through Scholarships for Asnaf and B40 Students

Amgo Niaga Continues to Contribute Through Scholarships for Asnaf and B40 Students

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

9 November 2021, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi temuduga calon Biasiswa Amco Niaga. 

Biasiswa Amco Niaga telah diwujudkan sejak tahun 2017 selepas pertemuan bersama Tuan Haji Mat Amin Jaafar, Business Director yang merupakan alumni kelas tahun 1994 bersama En. Yahya Bazlan Ismail, Manager Director Amco Niaga Sdn.Bhd yang merupakan alumni kelas 1995. 

Terdahulu Biasiswa Amco Niaga telah berjaya menaja seorang (1) orang pelajar diploma sehingga tamat pengajian. Kini biasiswa ini diteruskan lagi pada tahun 2021 dengan memberi peluang kepada seorang (1) pelajar bachelor yang menepati syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penaja. 

Seramai sepuluh (10) calon telah menghadiri sesi temuduga dan diharapkan melalui sumbangan biasiswa dan bantuan kewangan ini, dapat membantu pelajar UPM yang terdiri daripada golongan B40 serta golongan asnaf dalam sesi pembelajaran mereka dan menjadi dorongan kepada kejayaan mereka.

Pada sesi temuduga yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar berkata, pelajar seharusnya mengambil peluang ini untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai impian. Ini kerana pelajar yang terpilih ini adalah pelajar bertuah dan tidak perlu risau mengenai pembiayaan pengajian kerana pihak penaja telah sediakan  ke semuanya. 

“Anda yang terpilih perlu memegang amanah ini kerana ramai yang impikannya tetapi andai yang berjaya. Jika diteliti anda bukan sahaja membawa hasrat diri, keluarga, universiti, penaja malahan hasrat rakan-rakan yang turut bersaing untuk mendapatkan penajaan ini. Jadi buat yang terbaik dan dapatkan keputusan yang cemerlang agar suatu hari nanti anda pula mampu membantu pelajar yang lain,” ujar beliau. 

Kepada semua alumni di luar sana yang ingin sama-sama membantu dan berbakti semula kepada Alma Mater, boleh ikuti laman sesawang Pusat Perhubungan Alumni UPM, www.alumni.upm.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut cara untuk menyumbang kembali kepada alma mater.

Date of Input: 28/12/2021 | Updated: 03/02/2023 | suziana.wil

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXETEAe~