UPM Menerusi Pusat Perhubungan Alumni Bersedia Dengan Kalendar Akademik Yang Baharu Dengan Menyediakan Biasiswa Alumni Bagi Pelajar Yang Layak | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » UPM Menerusi Pusat Perhubungan Alumni Bersedia dengan Kalendar Akademik yang baharu dengan menyediakan Biasiswa Alumni Bagi Pelajar Yang layak

UPM Menerusi Pusat Perhubungan Alumni Bersedia dengan Kalendar Akademik yang baharu dengan menyediakan Biasiswa Alumni Bagi Pelajar Yang layak

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

SERDANG – Pusat Perhubungan Alumni dalam usaha untuk membawa ‘pulang’ alumni ke alma mater terus-menerus mencari ruang dan peluang untuk menjayakan hasrat universiti dalam Sederap Melangkah Menuju al-Falah dalam bersama-sama melibatsama alumni untuk kelangsungan universiti.

Universiti Putra Malaysia memiliki alumni yang berdaftar di portal Sistem Maklumat Alumni (AIS) diseluruh negara termasuk alumni antarabangsa seramai 136,989. Dengan taburan di Selangor sahaja mencecah 9,750 alumni. Jumlah alumni yang ramai ini jika seorang hanya menyumbang RM10 seorang secara konsisten pada setiap bulan sudah memadai untuk sama-sama menyumbang bakti kepada alma mater dalam menggerakkan pelbagai porgram termasuk biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada pelajar yang memerlukan.

Mengambil inisiatif itu, Encik Muhazam Mansor, Pendaftar, Universiti Putra Malaysia yang juga alumni UPM telah menggerakkan satu pendanaan yang membawa kepada wujudnya biasiswa ke-19 yang dinamakan Biasiswa QKB-MPP 04, dengan pendekatan yang dibawakan iaitu hanya dengan RM50 yang disumbangkan oleh setiap ahli sudah mampu menaja pelajar yang dan membantu mereka yang memerlukan dana kewangan untuk menuntut ilmu di menara gading.

QKB merupakan Kursus Pengkreditan Aktiviti Ko-Kurikulum Budaya dan kursus ini terbahagi kepada dua semester iaitu untuk semester Mei dan juga semester November. Di bawah kursus ini para pelajar didedahkan dengan pengenalan budaya dan aktiviti ke arah pengenalan budaya kaum setempat dan juga pelbagai. Kursus ini terbuka kepada program diploma dan bacelor ini sudah diperkenalkan sejak sekian lama.

Dalam menyambut jubli emas 50 tahun UPM, alumni kelab ini semakin lama semakin bertambah dan menyedari hakikat itu, Muhazam Mansor telah mengambil peranan agar alumni daripada kelab ini dapat melakukan sesuatu dalam menyumbang kembali kepada alma mater tercinta. Hasil daripada itu, Biasiswa QKB-MPP04 telah berjaya ditubuhkan dan bakal menaja pelajar yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“Pusat Perhubungan Alumni UPM mengalu-alukan para alumni UPM terus memainkan peranan masing-masing dalam terus menyumbang bakti kepada alma mater. Setiap sesi pengajian kami menerima permohonan daripada pelajar yang kurang berkemampuan terhadap biasiswa alumni ni sangat ramai. Selaku entiti  yang berhubung rapat dengan alumni, sesungguhnya setiap sumbangan yang telah diberikan oleh para alumni itu telah disampaikan kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan dan pihak penaja sendiri diberikan kebebasan untuk membuat keputusan terhadap pemilihan calon-calon yang berkelayakan,” ujar Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud.

Bagi sesi yang bakal memulakan sesi akademik 2022/2023 Pusat Perhubungan Alumni sudah dapat mengumpul tiga biasiswa alumni yang baharu iaitu Biasiswa Norzack, Biasiswa 2 Generasi dan juga Biasiswa QKB-MPP 04.

Memulakan sesi pendaftaran pelajar baharu bermula 5 Oktober 2022 dan dijangkakan 3500 pelajar baharu dari pelbagai kursus bakal mendaftar di sekitar kolej-kolej kediaman dan jumlah ini pastinya ada kalangan mereka yang perlu dibantu dengan pelbagai inisiatif dan alumni yang telah berjaya inilah peluang untuk terus menabur bakti kepada universiti dalam bersama-sama mendokong hasrat universiti iaitu ‘Melahirkan Pelajar Sebagai Sosok Warganegara Yang Baik’.

Tarikh Input: 30/09/2022 | Kemaskini: 01/02/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEZJAa~