UPM Anjur Forum Serdang Heritage Sempena Sambutan Hari Alumni UPM 21 Mei | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » UPM anjur forum Serdang Heritage Sempena Sambutan Hari Alumni UPM 21 Mei

UPM anjur forum Serdang Heritage Sempena Sambutan Hari Alumni UPM 21 Mei

Forum Serdang Heritage


SERDANG, 21 Mei (UPM) –  Universiti Putra Malaysia (UPM) anjur forum Serdang Heritage sempena Sambutan Hari Alumni UPM 21 Mei bagi memperingati sejarah penubuhan serta kejayaan universiti penyelidikan itu dalam melahirkan graduan pelbagai bidang dan kepakaran.

Pengarah Pusat Alumni UPM, Prof. Madya Dr. Mansor Abu Talib berkata forum Serdang Heritage bertemakan “Berilmu Berbakti Bangsa Berinspirasi Generasi Berinovasi”  diadakan simbolik tarikh 21 Mei 1931 sempena tertubuhnya Sekolah Pertanian Malaya di Serdang.

“Program ini merupakan salah satu aktiviti diiktiraf sebagai Hari Alumni UPM 21 Mei yang diraikan setiap tahun oleh para alumni, warga kampus dan pelajar UPM untuk berkongsi pengalaman serta kepakaran kepada bakal alumni UPM,” katanya.

Tambah beliau, pelbagai program dirangka bagi menjayakan Sambutan Hari Alumni 21 Mei bertujuan untuk membawa alumni kembali ke UPM dan seterusnya melestarikan legasi kegemilangan motto ‘Berilmu Berbakti’.

“Semangat yang dibawa oleh para alumni ini diharap dapat memberi aspirasi kepada warga mahasiswa UPM untuk menjadi graduan yang berdaya saing serta memanfaatkan sumbangan mereka terhadap pembangunan Alma Mater,” katannya.

Acara lain yang diadakan ialah Tracing Alumni for Collaboration and Engagement (TRACE) Zon Utara 6-7 Mac 2014, Tracing Alumni for Collaboration and Engagement (TRACE) Sabah 28-29 Mac dan Majlis Kesyukuran 26 Mei. Sementara itu, forum Serdang Heritage yang dihadiri 200 peserta mengupas perjalanan alumni UPM mengenai penerimaan dan penjanaan ilmu semasa peringkat universiti yang dibarisi ikon alumni terbilang iaitu Mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Dato’ Dr. Idris Abdol (Alumni UPM 1970); Ketua Pegawai Eksekutif, Amos Ng Architecture Amos Ng (Alumni UPM 2000), dan Pengarah Urusan Ritz Ranch Sdn. Bhd & Axiera Ritz Sdn. Bhd., Shahrul Nizam Khosim (Alumni UPM 2006) dan moderator forum Dr. Amini Amir Abdullah (Pengetua Kolej Kelima UPM).

Garapan dan kupasan penceritaan yang baik di forum tersebut oleh tiga ahli panel yang terlibat telah menyerikan lagi tema forum yang menyentuh konteks bermanfaat serta memperlengkapkan diri dengan ilmu yang strategik dengan tuntutan semasa serta bagaimana ia mampu memberi sumbangan kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara.

– UPM/nhnh/nej/kgo


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXDdNAT~